Lafaz Talak Melalui Voice Note, Influencer Elcah Dedah Punca Cerai Selepas 8 Hari Berkahwin!

Pempengaruh media sosial dan model muslimah, Elcah Hasha mendakwa dirinya telah diceraikan selepas lapan hari mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Menerusi perkongsian di TikTok, dia memuat naik ‘voice note’ bekas suaminya melafazkan talak melalui aplikasi WhatsApp.

Baru-baru ini, Elcah mendedahkan punca perceraiannya kepada usahawan kosmetik, Anas Zahrin yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

Dakwa Elcah, bekas suaminya mengajak untuk berpoligami selepas dikatakan telah terlanjur dengan seseorang dan wanita tersebut sedang mengandungkan anaknya.

“Abang, adik tak tahu selama ni adik dah cuba untuk bertahan tapi dia tak pernah nak jaga hati adik sampai semalam dia post pasal baby semua.

“Adik tahu adik susah nak pregnant tapi adik boleh terima lagi yang perempuan tu dah pregnant tapi dia sanggup nak suruh adik berpoligami dengan dia pula.

“Siapa je sanggup nak berpoligami kalau baru je lapan hari kahwin?

“Baru lapan hari kahwin dia dah ajak adik berpoligami dengan perempuan tu,” dakwanya.

Sementara itu, dia memberitahu tidak pernah mengetahui tentang hubungan sulit bekas suaminya dengan wanita tersebut.

@anaszahrin Ya Allah @Elcah ♬ Yasirlana Suling Merdu – IFTAH QULUBANA

Untuk rekod, Elcah pernah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata namun ia berakhir dengan perceraian.Pempengaruh media sosial dan model muslimah, Elcah Hasha mendakwa dirinya telah diceraikan selepas lapan hari mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Menerusi perkongsian di TikTok, dia memuat naik ‘voice note’ bekas suaminya melafazkan talak melalui aplikasi WhatsApp.

Baru-baru ini, Elcah mendedahkan punca perceraiannya kepada usahawan kosmetik, Anas Zahrin yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

Dakwa Elcah, bekas suaminya mengajak untuk berpoligami selepas dikatakan telah terlanjur dengan seseorang dan wanita tersebut sedang mengandungkan anaknya.

“Abang, adik tak tahu selama ni adik dah cuba untuk bertahan tapi dia tak pernah nak jaga hati adik sampai semalam dia post pasal baby semua.

“Adik tahu adik susah nak pregnant tapi adik boleh terima lagi yang perempuan tu dah pregnant tapi dia sanggup nak suruh adik berpoligami dengan dia pula.

“Siapa je sanggup nak berpoligami kalau baru je lapan hari kahwin?

“Baru lapan hari kahwin dia dah ajak adik berpoligami dengan perempuan tu,” dakwanya.

Sementara itu, dia memberitahu tidak pernah mengetahui tentang hubungan sulit bekas suaminya dengan wanita tersebut.

Untuk rekod, Elcah pernah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata namun ia berakhir dengan perceraian.

Maya Basir