[VIDEO] Kuah Kari Jadi Mangsa Amarah, Aksi Pelanggan Wanita Naik Hantu Di Kedai Mamak Tular!

Aksi seorang pelanggan wanita yang mengamuk di sebuah kedai mamak menjadi bualan netizen di laman sosial.

Video tular itu memaparkan seorang wanita yang memakai topi keledar dipercayai sedang memarahi pekerja kerana makanan lambat sampai.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, wanita yang ditemani oleh seorang lelaki itu mula hilang sabar dan membaling topi keledar serta bertindak menterbalikkan bekas kuah kari apabila pekerja kedai terbabit enggan memulangkan semula wang miliknya.

Video itu mengundang pelbagai reaksi warganet wanita tersebut menterbalikkan kuah kari dan dalam masa yang sama, ada yang memuji kepandaian jurukamera merekod kejadian terbabit.

“Yang kau pergi tumpahkan kari seperiuk tu kenapa? Habis orang lain tak boleh makan. Masalah kau dengan mamak yang kau nak libatkan semua orang kenapa? Elok-elok boleh settle, kot nanti kau yang masuk dalam sebab kau yang serang mamak tu dulu.

“Marah macam mana pun, kita tidak boleh ganggu barang orang, tumpahkan makanan macam tu. Kita mesti bayar kerugian orang niaga tu.

“Ini barulah camera-man, audio jelas. Time klimaks pun dia bangun supaya makin suspen walaupun berisiko, aware dengan reaction orang sekeliling dan dia masukkan ke dalam prologue yang akhirnya lead kepada pengorbanan satu tong kari (dramatik scene). Tak rugi 2.05 minit di raya ke-3 hari ni,” ujar netizen.

Nurul Hana