Hiburan By: Maya Basir August 3, 2022 @ 6:50pm

“Saya Dambakan Wanita Berpurdah” – Noki K-Clique Mahu Perbetulkan Diri

Penyanyi kumpulan K-Clique, Noki kini mencipta nama dalam bidang lakonan dan ramai penerbit dan pengarah mula memberi kepercayaan terhadap bakat dimiliki selepas muncul dalam drama, Oh My Hantaran.

Menurut Noki atau nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, 28, dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah SWT dan berharap agar dirinya terus merendah diri walaupun namanya semakin popular.

“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki seadil-adilnya. Bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk rakan lain dalam K-Clique. MK pun makin selesa dengan apa yang dia buat. Untuk saya, memang tak dijangka berada pada tahap sekarang sampai pernah menang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan dapat bertanding di pentas berprestij itu sebanyak dua kali.

“Bagaimanapun, tak mustahil apa yang kita dapat sekarang bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik semula. Hidup ini umpama roda dan kita tak semestinya akan selalu di atas dan begitu juga sebaliknya.

“Apa pun yang dibuat sekarang, saya berharap terus merendah diri bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk keluarga tersayang di Sabah,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Noki memberitahu dia bukan datang daripada keluarga yang senang.

“Saya nak senangkan keluarga. Saya menyasarkan nak belikan mereka rumah. Belum tercapai lagi, insya-Allah dalam perjalanan ke arah itu. Dalam keluarga, saya antara yang berkemampuan untuk membantu mereka walaupun saya anak bongsu.

“Saya tak kisah tinggal seorang diri di Kuala Lumpur, kerja keras dan susah macam mana sekalipun, tidak mengapa asalkan dapat beri kesenangan kepada keluarga. Kadang-kadang rasa ‘sesak’, tapi tak semua orang tahu.

“Mungkin itu sebab kenapa Tuhan pilih saya nak bantu keluarga dari hidup yang tak berapa senang. Allah nak saya bantu keluarga sebab saya diberi rezeki yang lebih dari masa ke masa,” katanya.

Apabila ditanya soal peribadi, Noki mengakui dirinya masih solo dan tidak mempunyai teman wanita.

Noki yang muncul menerusi lagu Gila bersama Kaka Azraff dan Loca B memilih untuk tidak berfikir ke arah yang lebih serius dalam kehidupan iaitu perkahwinan, sebaliknya mahu menstabilkan kewangan sendiri sebelum ke fasa seterusnya.

“Keluarga di Sabah pun sudah bertanya bila nak kahwin apa semua. Tapi, saya bukan cakap tak nak kahwin. Saya tunggu nak stabilkan ekonomi diri dan pada masa sama tunggu jodoh sesuai.

“Sekarang ini teman wanita pun saya tiada. Kalau ada mesti orang dah nampak saya dengan siapa sekarang. Saya tak mahu tergesa-gesa dalam soal jodoh. Saya pun sedar yang diri pun tak betul sangat sekarang. Jadi, kita perbetulkan diri dahulu.

Tapi, kalau tanya mengenai wanita idaman, saya dambakan seorang yang berpurdah. Kalau boleh yang tahu banyak mengenai agama, aurat apa dan tak perlu pun saya ajar. Namun, kalau saya nak ‘demand’ begitu dalam keadaan saya pun tak sempurna, saya kena sedar diri juga dan perlu terus memperbaiki diri menjadi orang yang lebih positif setiap masa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Mon, 6 Dec 2021

“Mohon Doa Semua Ya”- Wani Kayrie Dijangkiti Covid-19

Dalam penyebaran wabak Covid-19 yang tidak pernah berhenti, tak mustahil untuk para penggiat seni dijangkiti Covid-19. Selepas pelakon Daiyan Trisha mengumumkan dia dijangkiti wabak terbabit, kini penyanyi Wani Kayrie pula mengumumkan dirinya positif Covid-19 menerusi […]

Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

Featured Wed, 15 Mar 2023

Shila Amzah Kongsi Momen Tangani Anak Alami ‘Speech Delay’- “Kena Banyak Bersabar, Jangan Give Up!”

Wah, sekali dia sebut words sedap giler dengar! Accent tu mahal ek..🤩

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Dayang Sayang Peminat

Wah, hebat sungguh Dayang!

Trending Fri, 26 Mar 2021