Hiburan By: SGMS Faida November 15, 2018 @ 6:17pm

‘Awat Kulit Gelap Sangat?’, Ini Jawapan PADU Nourul Untuk Si Polan!

Penyanyi Nourul Wahab Depp menegur segelintir pengikutnya yang masih mendiskriminasi warna kulit individu lain. 

Menerusi laman Instagramnya, penyanyi terkenal dengan lagu Cinta Azali meluahkan kekecewaanya.

“ Selamat pagi dari Taiwan. Hari ini saya bangun dan menerima soalan, awat (kenapa) kulit gelap sangat? Awat (kenapa) susah sangat ka orang kulit gelap? Kacau depa (anda) ke? Tak boleh makan ke? Tak boleh hidup ka? Tak boleh cari makan ka?

“ Dengar sini, pemikiran toksah (jangan) lah sempit sangat. Saya sudah berusia 41 tahun dan saya okay dengan warna kulit saya. Saya dilahirkan dengan kulit begini dan saya okay. Saya terima diri seadanya dan orang sekeliling saya,” luahnya.

Nourul juga berpesan agar individu berkenaan mengubah cara pemikiran tidak mengulangi kenyataan sebegitu di masa akan datang.

“ Saya tak kisah apa yang anda fikir tentang saya tetapi anda harus lihat diri sendiri, hati itu hitam atau putih ke? Toksah (jangan) dok kata orang begitu.  

“ Kulit putih tak berguna jika kita ada pemikiran dan hati yang tidak baik. Bayangkan jika anda berkata begitu kepada kanak-kanak.

“ Anda bakal ‘memusnahkan’ fikiran mereka. Terimalah diri anda seadanya, terima pemberian Tuhan seadanya dan percayalah anda akan berasa lebih gembira. Ini hanya pesanan,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Kaka Azraff Masuk Pasaran Indonesia

Insya Allah jika sambutan baik dan orang mula mengenali saya mungkin itu masa sesuai untuk saya kembangkan muzik saya di Indonesia.

Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Hiburan Thu, 21 Oct 2021

Malique Cipta Lagu Untuk Ara Johari & Lil J

Buat julung-julung kalinya, lagenda rap serta komposer dan penerbit muzik tersohor tanah air, Malique atau terkenal dengan jolokan Mr. General menghasilkan sebuah karya hip hop istimewa buat dua artis muda iaitu Lil J dan Ara […]

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

CL ADMITS THAT IT HAS BEEN EXTREMELY DIFFICULT WORKING IN AMERICA

Even celebrities face a lot of struggles too 🙁

Hiburan Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Ini Baru Betul Anak-Anak Sidek! Wanita Diluar Sana Jangan Nak ‘Cuci Mata’ Pula

Wah! Lepasni lagi ramai lah peminat wanita datang dan sokong pasukan badminton kita kan?

Featured Thu, 19 Oct 2023