“Saya Kasihankan Dia…” – Awi Rafael Mahu Kekal Positif

Penyanyi dan pemuzik yang berasal dari Singapura, Awi Rafael (34) tidak mudah melatah walaupun tindakan bekas tunangnya, pelakon Atikah Suhaime yang membuat luahan menerusi Instagram Story seolah-olah memberi bayangan bahawa individu yang dimaksudkan adalah dirinya. 

Baca: Luah Perasaan Di IG Story, Atikah Suhaime Cakap Pasal Siapa?

Menerusi Instagram Story tersebut, Atikah mendakwa pernah berada di dalam perhubungan yang mendera emosi dan menggesa wanita-wanita yang berada di dalam situasi yang sama untuk bertindak dan keluar dari perhubungan toksik seperti itu.
Atikah juga mendakwa individu yang dimaksudkan berpura-pura kaya tetapi menggunakan wangnya dan kemudian menyalahkannya apabila tidak dapat menyiapkan persiapan perkahwinan.
Sudah tentu, netizen membayangkan Awi Rafael sebagai individu tersebut kerana mereka dijadualkan berkahwin 17 Mac tahun lalu, tetapi perkahwinan dibatalkan hanya tiga hari sebelum tarikh pernikahan.
“Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah saya positif sahaja.

“Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihati menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah. 

“Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk.  Saya memilih untuk menjadi lebih positif. 

“Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing,” kata pelantun lagu Pulanglah itu kepada BH Online.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael bersyukur kerana masih ramai yang percaya dia bukan seperti yang didakwa.

“Saya tidak perlu membuat penjelasan.  Saya percaya, orang luar juga tahu personaliti saya yang sebenar. 

“Saya kasihankan dia.  Saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan ini, malah mendoakan dia sentiasa dilindungi Allah.  Apa yang berlaku ini, saya anggap sebagai tindakan wanita yang mengikut emosi,” katanya lagi.  

Betul juga kata Awi…buat apa melatah kalau kita kenal diri kita yang sebenarnya. Like the saying goes “Those who mind won’t matter, and those who matter won’t mind”.

Kredit Foto: Instagram @awirafael

 

Del14