Hiburan By: Padin December 14, 2022 @ 12:06am

“Saya Masih Subur, Tapi…” – Mas Idayu Elak Hamil

Penyanyi dangdut tersohor, Mas Idayu mengaku masih berpeluang untuk mendapatkan zuriat namun mahu mengelak untuk hamil.

Tidak mahu mengambil sebarang risiko, Mas Idayu mengambil keputusan sebegitu kerana usianya yang sudah mencecah 50 tahun.

“Saya masih subur, doktor sahkan perkara terbabit, tapi usia saya sudah mencecah 50 tahun. Semua orang tahu saya sukakan budak-budak dan saya memang mahukan anak lelaki.

“Namun, saya tak nak ambil risiko yang boleh membebankan kesihatan serta membahayakan diri. Di usia sekarang, saya mahu kekal sihat. Lagipun, saya berkahwin untuk gembira dan bahagia serta menjaga antara satu sama lain.

“Suami juga faham dengan situasi yang saya alami dan tahu jikalau saya hamil, ia boleh membahayakan kesihatan saya,” katanya.

Pada 16 September lalu, Mas Idayu mendirikan rumah tangga dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51.

Tidak mahu menolak rezeki kurniaan Allah, banyak faktor yang difikirkan oleh pelantun lagu Selangit ini bersama suaminya.

“Saya dan suami tak pernah nak tolak rezeki yang Allah berikan, namun, jika perkara itu boleh dirancang, kami sepakat untuk sebolehnya enggan hamil.

“Bayangkan sekiranya saya dapat anak, dengan umur yang semakin meningkat serta pelbagai kemungkinan lain yang perlu difikirkan. Bagaimana saya nak jaga anak kelak? Kalau saya tiada nanti, macam mana?

“Semua faktor telah difikirkan, jadi saya merancang untuk tidak menimang cahaya mata, tapi kami tidak pernah menolak rezeki Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mas Idayu bakal muncul sebagai juri tetap untuk program Famili Duo bersama Ajai.

Musim baharu Famili Duo bakal menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee, jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua yang bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Feb 2021

“Sekarang Ni, Bila Kena Kecam… Saya Rasa Lebih Tenang” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengakui sudah lali dengan kecaman yang diterimanya semenjak melibatkan diri dalam dunia seni 10 tahun lalu. Biarpun kini telah berhijrah, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 32, masih tidak boleh […]

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

SHINee’s Minho Wants to Start a Family in His 30’s

It doesn’t seem like he has a girlfriend yet so move quick, ladies.

Trending Mon, 27 Aug 2018

‘Janganlah Tutup Periuk Nasi Orang’ – Serina

Tidak sangka ada juga yang busuk hati ingin menjatuhkan perniagaan Serina Ridzuawan… Apa yang terjadi?

#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩

Hiburan Sat, 12 Jan 2019

WOW! Leonardo Dicaprio Bawa Teman Wanita Bercuti Di Phuket

Wow, Leo nampak betul-betul serius dalam hubungan kali ni!

Featured Tue, 23 May 2023