“Saya Nak Fathia Yang Dulu” – Dah Mula Keluar Rambut, Fathia Latiff Ditegur Netizen

Foto terbaharu pelakon cantik Fathia Latiff bersama rakan-rakan di sebuah kedai makan menarik perhatian ramai warganet.

Menerusi hantaran yang dikongsi di Instagram miliknya, Fathia memakai tudung dengan gaya yang menampakkan sedikit bahagian hadapan rambutnya.

Gambar tersebut mendapat komen warganet yang mendakwa Fathia sudah berubah dan mula untuk mengeluarkan rambut walaupun memakai tudung.

“Okay rambut dah mula terkeluar. Saya nak Fathia yang dulu,” ujar netizen.

Terdahulu, Fathia pernah ditegur kerana perubahan pada wajahnya yang dikatakan kelihatan berbeza daripada sebelumnya.

Artikel berkaitan: Netizen Tegur Muka Dah Lain, Fathia Latiff Tutup Ruangan Komen

Untuk rekod, pada 2019, Fathia pernah mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan untuk tidak berhijab selepas tiga tahun bertudung.

Bagaimanapun, Fathia kembali berhijab semula pada Jun 2020 kerana mahu berubah menjadi insan lebih baik.

Nurul Hana