Demi Disuruh Cuba Makanan Pesawat, Lelaki Ini Sanggup Naik 6 Penerbangan

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki menuruti kehendak pengikut yang meminta dirinya untuk mencuba makanan yang disajikan dalam pesawat.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki tersebut menaiki enam penerbangan dalam masa satu hari demi mengikut permintaan pengikutnya.

@maellambongasis Replying to @Syukrizzz makan airlines meal in a day!! Let’s go!! #fyp #pov #flight #meal #fypシ #traveller #airasia #myairline #airlinereview ♬ original sound – Mael Lambong Asis

Menu yang dipesan olehnya bermula dengan hidangan sarapan pagi sehinga makan malam dan dia juga berkongsi pendapat mengenai rasa makanan tersebut.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian dalam kalangan warganet yang terkejut dengan kesanggupan lelaki itu menaiki enam penerbangan dalam masa sehari semata-mata untuk makan.

“Dia naik flight buat macam naik kereta. Tak pernah dibuat orang. Menangis aku tengok, dia naik flight macam dia berjalan-jalan pergi rumah jiran-jiran nak beraya,” tulis netizen di ruangan komen.

Nurul Hana