Sweet Betul! Jalan Berpimpin Tangan, Neelofa Kongsi Momen Manis Bersama PU Riz – “Cukup Kau Disampingku”

Pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagat mereka membuat trend TikTok bersama.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Neelofa telah memuat naik video mereka sedang berjalan sambil memegang erat tangan suaminya.

Dalam perkongsian tersebut, momen manis itu juga turut berlatar belakangkan lagu Ragu nyanyian Rizky Febian sekali gus membuat ramai pengikutnya cair.

“My happiness? Cukup. Cukup kau disampingku,” tulisnya.

@neelofa♬ suara asli – ALT

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang kagum melihat gelagat pasangan itu.

Malah, mereka juga turut mendoakan agar rumah tangga Neelofa dan PU Riz kekal bahagia selamanya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal.Pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagat mereka membuat trend TikTok bersama.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Neelofa telah memuat naik video mereka sedang berjalan sambil memegang erat tangan suaminya.

Dalam perkongsian tersebut, momen manis itu juga turut berlatar belakangkan lagu Ragu nyanyian Rizky Febian sekali gus membuat ramai pengikutnya cair.

“My happiness? Cukup. Cukup kau disampingku,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang kagum melihat gelagat pasangan itu.

Malah, mereka juga turut mendoakan agar rumah tangga Neelofa dan PU Riz kekal bahagia selamanya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal.

Fatin Nurain