“Saya Perlu Menanggung Perkara Ini Sendirian” Sajat Akhirnya Mengaku Lelaki

Usahawan dan juga penyanyi lagu Bobo Dimana ini mengakui bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu mengenai identiti dirinya.

Sajat mahu tahu prosedur seterusnya

Selepas tercetusnya kontroversi melibatkan diri beliau ketika menunaikan umrah, Sajat bagaimanapun mahu diberi panduan jelas dan lebih terperinci mengenai apakah prosedur yang harus dilakukannya selepas ini.

“Kalau betul JAKIM nak bantu, mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi dan memaklumkan dengan siapa saya perlu rujuk

“Kalau betul nak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan” Katanya.

Sumber : Instagram @nursajat23

Selesaikan kes sementara ibu-bapa masih hidup

Menurutnya lagi, sebelum ini Sajat pernah mahu menyelesaikan masalah berhubung identitinya dengan pihak berkuasa namun alasan yang diberi adalah kerana, kesnya itu berprofil tinggi.

” Bukan saya taknak cari jalan penyelesaian  tapi tiap kali saya bawa kes ini mereka akan beritahu kes saya kes berprofil tinggi

” Dan kalau diikutkan, ibu bapa saya sudah memberi kerjasama sebaik mungkin

“Dan lihat sekarang, saya perlu menangunggnya sendirian” Tambahnya.

Sumber : Google

Sajat turut memohon supaya isu kontroversi melibatkan identiti beliau diselesaikan dengan secepat yang mungkin, sementara kedua ibu bapanya masih hidup.

Artikel berkaitan : Mengaku Lelaki Ketika Daftar Umrah

Salma Syahbuddin