Yusry KRU Sertai I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke-3

Debaran menunggu pendedahan identiti sebenar penyanyi misteri dan apakah reaksi artis jemputan dan para ahli panel penyiasat di penghujung program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) pastinya antara yang menjadi perkara penting dalam musim kali ini.

Yusry KRU sertai Jihan Muse & Mark Adam

#ICSYVMY menampilkan Oppo sebagai penaja bersama untuk musim ketiga dan masih mengekalkan pasangan hos dari musim lalu iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Lebih menariknya, musim kali ini turut menampilkan Yusry KRU sebagai ahli baru menyertai Jihan Muse dan Mark Adam sebagai ahli panel penyiasat suara sumbang sepanjang 10 episod  ini.

Sumber :Instagram @tv3malaysia

Tugas para penyiasat sebenarnya adalah untuk membantu artis mengenal pasti siapakah penyanyi misteri bersuara sumbang dikalangan penyanyi misteri yang ditampilkan.

Artis jemputan popular untuk musim kali ini

Antara artis yang bakal memeriahkan #ICSYVMY musim 3 antaranya ialah Sham Visa, Stacy, Ismail Izzani, Siti Nordiana, Erra Fazira, Dato’ Hattan, Akim Ahmad, MK, MK, Shila Amzah dan Sufian Suhaimi.

Manakala, Mira Filzah, Ropie, Kamal Adli, Nabila Huda, Azad Jasmin, Eira Syazira dan Rozita Che Wan turut dijemput sebagai ahli panel penyiasat suara sumbang.

 

Dalam ICSYVMY kali ini, 6 penyanyi misteri akan diperkenalkan. Dan artis jemputan berperanan untuk menyingkirkan penyanyi misteri yang telah dikenal pasti sebagai penyamar bersuara sumbang di setiap pusingan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY 3 yang akan disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, bermula 16 Februari ini  di TV3 dan anda boleh saksikan siaran ini  di www.tonton.com.my serta rancakkan perbualan anda di media sosial dengan hashtag  #ICSYVMY.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti
laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia
Salma Syahbuddin