“Saya Suka Wanita ‘Baddie’, Pandai Masak & Suka Ketawa” – ‘Tweet’ Ciri Wanita Idaman! Ciapan Ben Amir Cari Calon Isteri Tarik Perhatian Warganet

Baru-baru ini, pelakon Ben Amir memuat naik sebuah ciapan di akaun Twitter yang memperlihatkan dirinya sedang mencari pasangan untuk dijadikan isteri.

Ciapan tersebut telah menarik tumpuan ramai warganet apabila dia menyatakan ingin mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) dengan menyenaraikan ciri-ciri tertentu yang dicarinya.

“Saya nak tubuh kerajaan sendiri, sedang mencari TPM.

“Saya berminat dengan wanita yang ke gimnasium, pandai masak, ketawa akan lawak hambar saya, ada naluri keibuan, jadikan saya seorang manusia yang lebih baik dan juga seorang wanita ‘baddie’,” ciapnya berseloroh.

Menerusi perkongsian ciapan tersebut, dilihat ramai pengguna Twitter wanita saling menawarkan diri mereka untuk menjadi suri hati kepada pelakon tersebut.

Atiqah Johari