Featured By: Khairil Khusyairi December 4, 2022 @ 5:15pm

“Saya Tak Boleh Maafkan” – Kerap Mimpi Ular, Bella Astillah Jadi Mangsa Ilmu Hitam Sehingga Dirinya Jatuh Sakit?

Bulan lalu pelakon dan penyanyi Bella Astillah dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit kepala yang teruk.

Terbaharu, Bella memberitahu dia kini berharap pada ubat untuk kembali sembuh sepenuhnya selain meminta asatizah mengubatnya di rumah.

“Sekarang saya bergantung pada ubat kalau tidak baik juga saya terpaksa buat pembedahan. Doakan Bella.

“Saya tak pernah alami (gangguan) sebenarnya, saya jarang muat naik di Instagram sebab saya kurang sihat, saya mula berubat, minta Ustazah datang rumah.

“Saya berhusnuzon selalu, pergi ke klinik sahaja tetapi benda ini tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita, kita jadi lain. Jadi kuat marah-marah,” katanya.

Namun begitu, Bella mendedahkan terdapat perkara-perkara aneh yang berlaku ke atas dirinya dan keluarga.

“Anak kedua saya setiap hari, setiap malam antara pukul 2 pagi sampai 4 pagi akan jerit-jerit, nangis dan meracau yang tak berhenti. Masalahnya setiap hari.

“Bila pergi jumpa doktor, tiada apa-apa pun, dari situ saya kena ikhtiar juga. Rasa tak boleh bekerja, sakit badan.

“Cuma setiap hari mimpi, saya mimpi ular. Saya mengadu kepada ibu saya dan ibu saya cakap ‘kalau mimpi ular buat orang yang belum kahwin maksudnya orang masuk meminang tetapi kau dah kahwin’. Tapi tak pernah fikir tentang sihir-sihir ini.

“Sampai saya tidak sihat, saya minta Ustazah datang bawa air Zam-Zam dan saya bercerita. Itu perkara tak baik sebab saya mimpi itu berturutan.

“Mimpi ular yang besar, ular yang putus, anak saya Ayden pegang ular itu. Saya beterima kasih sangat kepada Ustaz dan Ustazah yang datang ke rumah,” jelas Bella

Bella juga berharap perkara itu tidak akan terjadi lagi selepas ini malah akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian di media sosial terutamanya foto keluarga.

“Alhamdulillah Aliff memahami, dia pun nak berubat juga. Aliff cakap dia nak hidupkan suasana rumah itu dengan selalu solat berjemaah, mengaji, sekarang Alhamdulillah memang saya dah okey.

“Kalau tak, nak bersolek tengok cermin pun tak larat, berdebar tapi saya ingat macam ‘anxiety’ tetapi rasa macam seram sejuk.

“Itu pertama kali berlaku, dan saya harap itu yang terakhir jadi.

“Kita jangan menunjuk sangat. Ramai juga bertanya adakah saya dan Aliff bergaduh bila tak kongsi gambar bersama, sebenarnya saya nak elak perkara sebegini. Saya takut nak kongsi gambar berdua dan anak-anak.

“Mungkin lepas ini, boleh kongsi tapi tak banyak. Saya kena berhati-hati dan jaga diri,” harap Bella.

Pelakon Aku Tanpa Cintamu ini juga turut tampil bersuara sekiranya ada individu yang bersifat dengki sehingga membuatkan dirinya dan keluarga terseksa.

“Kalau betul niat awak begini, saya rasa kesian kepada awak. Mungkin awak tak bahagia.

“Saya sangat kecewa, susah nak maafkan sebab apa yang awak buat ini sangat besar kesannya terhadap rumah tangga saya.

“Alhamdulillah mungkin atas berkat anak-anak, saya dan Aliff pertahankan demi rumah tangga kami. Maaf saya katakan, saya tak boleh maafkan kamu,” tegas Bella.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!

Hiburan Sun, 5 Jan 2020

26 Jam Untuk Hasilkan Video Muzik ‘Hello’

Siapa dah tengok, angkat tangan!

Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Kenapa Shukri Yahaya Berdendam Dengan Emma Maembong?

Kalau nak tahu jangan lupa temu janji korang jam 10 malam ini okay!

Hiburan Wed, 8 May 2019

防晒霜成分会吸收进入血液?安全吗?FDA做了试验

防晒霜成分真的会被吸收进入血液吗?美国食品药品监督管理局(FDA)做了试验,研究结果发现……

Featured Thu, 21 Jul 2022

Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – “Tanya Bab Agama, Tapi…”

Ada yang tampil mendedahkan mengenai perkenalan mangsa dan penceramab bebas 🫣 Dakwanya suspek ada tiga isteri? Apapun kita tunggu laporan penuh daripada pihak polis ya 😊

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Tidak Mengejar Glamor, Izara Lebih Menghargai Privasi

Memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja tahun 2009/2010 telah memperkenalkan pelakon, Izara Aishah ke dunia lakonan. Aktif dalam dunia seni sejak 2011, Izara sering menjadi pilihan pengarah bagi drama-drama, telefilem dan juga filem kerana […]

Trending Mon, 26 Aug 2019