“Saya Tak Rasa Antara Kami Bertiga Ada…” – Amir Ahnaf Jawab Tuduhan Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

Pelakon Amir Ahnaf menafikan tuduhan didakwa dirinya sebagai perampas gara-gara dilihat akrab bersama aktres Anna Jobling yang pernah dikaitkan bercinta dengan Meerqeen.

Memetik laporan Gempak, Amir menjelaskan hubungannya dengan Anna hanyalah sekadar rakan sekerja.

“Apa yang saya boleh katakan saya tidak ada rampas apa-apa, saya hanya mahu bekerja sahaja. Saya tak ada rampaslah.

“Ada komen-komen yang dakwa saya sebagai perampas. Jadi ingin saya jelaskan kebenaran di sini, saya hanya fokus bekerja sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, dia senang bekerja bersama dengan Anna sejak daripada awal mereka berjumpa.

“Anna adalah seorang pelakon yang sangat bagus. Masa pertama kali jumpa dia untuk tanda tangan kontrak, saya dah dapat rasa Anna adalah pasangan pelakon yang baik untuk berlakon.

“Sebab saya dah baca skrip, jadi saya tahu karakter dia tu macam mana, Anna boleh bawakan karakter ini. Saya suka bekerja dengan Anna sebab dia seorang yang profesional,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Amir memaklumkan hubungan dengan Meerqeen masih baik dan sentiasa memberi sokongan buat dirinya malah tiada timbul isu hubungan mereka bertiga tegang.

“Meerqeen juga turut memberi sokongan dan semangat pada saya supaya menghasilkan kerja yang terbaik.

“Saya pun tak rasa ada suasana yang tegang berlaku antara kami bertiga, saya rasa yang mengapi-apikan adalah peminat masing-masing,” katanya.

Maya Basir