Categories: Kisah ViralTrending

Menantu Hantu! Kerana Harta, Pelakon Terkenal Didakwa Hambur Kata Kesat Pada Mentua?

Baru-baru ini, timbul kontroversi mengenai seorang pelakon yang dikenali dengan sikap lemah lembut dan penuh kesantunan didakwa menghamburkan kata kesat kepada keluarganya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pelakon tersebut didakwa memarahi ibu mentuanya kerana isu harta yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Malah, gara-gara tidak berpuas hati pelakon tersebut terus mengeluarkan kata makian terhadap orang tuanya.

Kata sumber lagi, pelakon popular yang juga pengacara itu ada berbincang dengan keluarga mentuanya mengenai dana yang akan digunakan bagi membantu pemasaran produk keluarannya.

Namun, si mentua tidak setuju dengan perancangan pelakon tersebut dan menasihatinya agar tidak membazir tetapi berlaku pula perbalahan.

Angkara sikap palatau pelakon itu, dia membuat perbincangan tersebut menjadi perang mulut dan dia berlebih-lebih hingga memaki.

Dengar kata, mentua pelakon itu akhirnya mengalah dan membiarkannya menggunakan dana tersebut bagi memasarkan produk yang sehingga kini tiada di pasaran.

Sumber: Utusan Malaysia

Atiqah Johari