Gambar Dah Padam, Saya Tak Sedar – Ismail Izzani

Justin Bieber Malaysia, penyanyi Ismail Izzani enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan seluar yang dipakai ketika persembahan di program Melodi baru-baru ini, menampakkan bentuk kemaluannya.

Pelantun lagu Luar Biasa itu menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik gambar membuat persembahan bersama Alif Sleeq di Instagram.

Ismail ketika dihubungi hari ini memberitahu, sudah memadamkan gambar terbabit dari akaun media sosialnya.

“Saya tidak menyedari gambar itu ada sesuatu tidak kena dengan seluar dipakaikan ketika berkongsinya di Instagram.

“Selepas isu terbabit timbul saya segera memadamkan gambar itu,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar di media sosial bagi mengelak kontroversi timbul.

“Saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara ini. Lagi pun, lama-kelamaan, orang akan melupakannya,” katanya.

So lepasni, hati-hati ya sebelum muat naik sesuatu di laman sosial, maklumlah awak dah terkenal… apa saja yang awak buat, dah tentu orang ramai perhatikan.

SGMS Faida