“Saya Tak Terkejut, Saya Tahu Isi Hati Dia Ada Pada..” – Ini Respons Ellie Suriaty Mengenai Cinta Baru Azri Iskandar

Pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty mengakui tidak terkejut setelah bekas suaminya, aktor Azri Iskandar mendedahkan dia bakal berkahwin dengan kekasih hatinya bernama Azra Diera Abdul Hamid.

Menerusi satu temu bual bersama Getaran, Ellie berkata, dia tidak terkejut mengenai berita itu dan tidak menyesali dengan tindakannya untuk bercerai.

“Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini. Sebab saya rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Sewaktu saya failkan cerai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun,” katanya.

Menurut Ellie, dia sebenarnya telah mengetahui mengenai perilaku yang dilakukan oleh bekas suaminya itu kerana naluri seorang isteri dapat merasa perasaan Azri bukan padanya lagi.

“Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie turut berkata dia tidak mahu mengambil tahu mengenai gerangan individu yang bakal dikahwini Azri.

“Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya.

“Sebab hidup saya ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini.

“Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya.

“Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.

“Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.

“Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Belum Genap Sebulan Cerai Dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Penulis Skrip

Artikel Berkaitan: “My Love, My Life & My…” – OMG, Romantiknya! Bakal Isteri Beri Ucapan Sweet Sempena Birthday Azri Iskandar

Aqilah Paharuzi