“Saya Taknak Sorok Benda Baik” – Nelydia Senrose

Umum sudah mengetahui Nelydia Senrose dan jutawan muda, Hafiz  sedang hangat bercinta. Mana taknya, Hafiz pernah menghadiahkan sebentuk cincin kepada Nelydia ketika pelakon itu sedang bercuti ke luar negara.

Baru-baru ini, khabar angin mengatakan Nelydia Senrose bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya. Betul ke?

Pelakon jelita itu berkata, dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri, bagaimanapun memberitahu belum membuat sebarang keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat.

Namun, sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat menerusi satu sidang media khas jika segalanya sudah mencapai kata sepakat kedua belah pihak. Buat Nelydia, benda baik tidak perlu disorok.

Apa yang penting, sama-sama lah kita tunggu pengumuman tarikh perkahwinan Nelydia yang cantik manis ni okay!

Tidak lupa juga, pelakon berbakat ini mempunyai koleksi baju raya miliknya sendiri, ImpianbyNelydia. Kelassss!

 

Nampak gayanya, peminat Nelydia sudah tidak sabar untuk melihat hari bahagia pelakon kesayangan mereka ini kan?

Apapun, kami berharap agar jodoh Nelydia berpanjangan dan cepat-cepatlah makan nasi minyak. Boleh jemput kami di xtra!

 

Ditulis oleh Nik Nur Amira

Ad Ops