Gimik Tak Sama, Janganlah Samakan Kami…

Ada yang menganggap taktik pemasaran single terbaru Haqiem Rusli Selamat Tinggal Sayang seakan ‘meniru’ strategi yang pernah dilakukan oleh penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Pematah Hati.

Namun begitu, penyanyi wanita berusia 25 tahun ini meminta peminat di luar sana tidak menyamakan cara mereka mempromosikan single masing-masing.

“ Tidak wajar menggunakan topik depresi sebagai strategi promosi. Saya ada acara tersendiri.

“ Bagi saya, jangan guna satu alasan yang agak serius untuk dijadikan gimik.

“Bukan nak cakap saya betul tapi saya hanya guna gimik bercinta.

” Kalau topik depresi agak serius dan tak boleh buat main-main,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam pada itu, Nabila meminta pihak luar tidak menghentam atas isu gimik kerana cara promosi lagunya dan lagu Haqiem berbeza.

Terdahulu, Haqiem Rusli mengumumkan mengalami masalah depresi (kemurungan) hingga mahu mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni.

SGMS Faida