Categories: HiburanTrending

“Saya Tidak Berniat Sorokkan Berita Pernikahan” – Syafiq Farhain Akui Sudah Berkahwin Dengan Pengurus Sendiri

Penyanyi Syafiq Farhain, 28, mengesahkan dirinya sudah berkahwin bersama pengurusnya.

Enggan mendedahkan butiran pernikahannya secara spesifik, Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain AM Salim menjelaskan yang dia tidak pernah merahsiakan berita perkahwinannya.

“Saya tidak berniat menyorokkan berita pernikahan. Saya juga tiada beza dengan orang lain, siapa yang tahu, tahulah.

“Jika ada datang berjumpa dan bertanya, benarkah saya sudah berkahwin, saya akan jawab dengan jujur,” katanya kepada Berita Harian.

Menurut pelantun lagu Sayang Maafkan Aku itu, mereka bernikah di Terengganu.

“Kami sebaya dan rakan sekampung. Kami berkenalan sebelum saya bergelar artis lagi. Rahsiakan pernikahan kerana bimbang populariti merudum? Saya tidak fikir mengenai itu, tetapi sedikit sebanyak perkara ini memberikan kesan kepada kerjaya.

“Saya merancang mengumumkan berita pernikahan dalam satu majlis, tetapi nampaknya tidak sempat berbuat demikian apabila ia terlebih dahulu berjaya dihidu media,” katanya lagi.

Sumber: BH Online

Padin