Categories: HiburanTrending

Dulu Eranzz Lambert, Kini Shah Eranz – “Tukar Nama Sebab Ada Keliru, Sama Ada Saya Islam Atau Tidak”

Penyanyi Eranzz Lambert atau nama sebenarnya, Shah Iran Shahdan, 35, membuat keputusan untuk menukar nama pentasnya kepada Shah Eranz selepas timbulnya kekeliruan sesetengah pihak.

Memetik laporan Harian Metro, Eranz yang juga finalis program Vokal Mania TV3 itu menjelaskan ada pihak yang keliru dan mempertikaikan sama ada dia beragama Islam atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Danial Chuer, Aisha Retno, Eranzz Lambert & Alif Kadim Layak Ke Final

“Saya memang sukakan nama Lambert itu, namun pada masa sama ia agak menyusahkan apabila mula timbul keraguan. Jadi, untuk elakkan fitnah, saya tukar,” katanya.

Walaubagaimanapun, Eranz mengekalkan huruf ‘Z’ di hujung namanya atas sebab-sebab teknikal.

“Huruf ‘Z’ itu saya kekalkan sebab di YouTube, orang dah kenal saya dengan ejaan nama Eranz. Jadi, saya kekalkan ejaan itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Terkejut Dapat Masuk Final, Eranzz Lambert Bakal Buat Kejutan

Dalam perkembangan terkini, Eranz kini hadir dengan lagu Raya berjudul Riang Ria Lebaran edaran FMC Music.

ARTIKEL BERKAITAN: Meriahnya! Riang Ria Lebaran Himpunkan Ayu Damit, Bob Yusof, Syura Badron, Asmidar, Shah Eranz, Aruel Ariel & Fitri Hiswady

Single raya itu yang disampaikan secara berkumpulan dengan enam penyanyi lain iaitu Ayu Damit, Bob Yusof, Asmidar, Syura Badron, Fitri Hiswady dan Aruel Ariel.

Padin