“Maaf Saya Terpaksa Maki Hamun Hanim Berbakul-Bakul Dari Episod 1, Geram! ” – Layangan Putus Versi Malaysia, Lakonan Fasha Sandha Dalam Khilaf Asmara Bikin Netizen ‘Naik Hantu’

Nampaknya penangan drama rantaian Khilaf Asmara yang bersiaran di TV3 menerusi slot Samarinda semakin mencuri perhatian peminat setianya.

Malah, lakonan hebat barisan pelakonnya juga ternyata memberi impak yang besar kepada penonton sehinggakan ada di antara warganet yang ‘naik hantu’ dengan lakonan Fasha Sandha.

Bukan itu sahaja, warganet turut menyamakan drama Khilaf Asmara ini seperti drama popular Indonesia, Layangan Putus versi Malaysia.

 

“Khilaf Asmara ni kan… buat aku rasa nak pecahkan muka Fasha Sandha”

Sementara itu, Fasha menerusi perkongsian di laman Instagramnya juga mengakui, semenjak hari pertama tayangan drama 15 episod ini disiarkan, pelbagai ulasan dan pandangan dalam kalangan warganet diterimanya termasuklah menerima carutan yang terlampau extreme.

 

Malah, Fasha juga tidak menyangka rupanya beginilah perasaan yang terpaksa dihadapi oleh pelakon hebat, Nad Zainal yang turut sama menerima kecaman hasil daripada lakonan mereka.

 

Namun, terdapat segelintir warganet yang mengakui dan memuji hasil lakonan Pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) pada Anugerah Skrin 2017 ini.

Bagi mereka, setiap lakonan Fasha tidak pernah menghampakan malah,  dia sentiasa berjaya tampil dengan lakonan hebatnya.

 

Salma Syahbuddin