Hiburan By: SGMS Faida March 3, 2018 @ 10:00am

Saya Tidak Suka Tonjol Kehidupan Peribadi

“Masa untuk anak pun tak cukup, macam mana saya nak handle Instagram dia pula?” demikian kata pelakon meningkat naik di Indonesia, Bront Palarae.

Pelakon ‘Pengabdi Setan’ ini menjawab persoalan netizen yang musykil kenapa agaknya Bront tidak mahu mendedahkan wajah anaknya di laman sosial. Katanya, dia dan lebih selesa berada di belakang tabir daripada menjadi perhatian ramai.

“Saya juga tiada bezanya dengan bapa yang lain, sibuk dengan kerja sampai kadang-kadang tak cukup masa untuk dia,” katanya yang turut membawa anaknya ke majlis pelancaran filem One Two Jaga.

Dalam masa sama, Bront juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anaknya.

“Saya memang tidak suka tonjolkan kehidupan peribadi kerana lebih selesa perjalanan seni saya yang diberikan perhatian.

” Begitupun, tentunya ada gambar dan video Adeena dalam Instagram isteri, tetapi ia juga diletakkan dalam ‘mode’ peribadi. Malah, saya sendiri tak jadi pengikut akaun isteri,” katanya ringkas.

Bront memiliki seorang anak perempuan Adeena Imani, 2 tahun hasil perkahwinannya dengan Rozi Izma pada tahun 2013 tanpa pendedahan meluas media. 

Tak apalah, masing-masing ad acara tersendiri dalam hal ini kan. Apapun, lakonan Bront tidak pernah mengecewakan dan itu lebih penting daripada bercerita hal peribadi. Ye tak?

 

Kredit gambar: Lifestyle Asia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

12 Artis Veteran di Konsert Malam Nostalgia

Konsert Malam Nostalgia bakal berlangsung di Auditorium DBKL diiringi Orkestra Kuala Lumpur

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Bertahun-Tahun Simpan Duit, Meerqeen Syukur Angan-Angan Miliki Mercedez Benz G-Class Jadi Kenyataan

Kagum betul dengan Meerqeen, berdikari dan sangat kerja keras🫡

Trending Hari Ini Fri, 8 May 2020
Contest Fri, 16 Aug 2019

Menang RM2K Hanya Di #ICSYVMY !

Jom berhibur sambil menang wang tunai berjumlah RM2K!

Featured Fri, 27 May 2022

“Apa Salahnya ‘Belanja’ Sikit…” – Noki Sanggup Turun Berat Badan Untuk Berlakon

Fuhh Noki tak kisah nak tayang badan 🔥 Apapun selamat maju jaya dalam bidang lakonan…