Hiburan By: Khairil Khusyairi January 22, 2024 @ 12:39pm

Adam Lee & Sweet Qismina Syukur Impian Miliki Rumah Sendiri Tercapai, Pasang Niat Sebelum Kahwin Lagi 

Pasangan selebriti Adam Lee dan Sweet Qismina berkongsi berita gembira apabila memaklumkan berjaya memiliki rumah sendiri baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sweet meluahkan rasa syukur apabila impian untuk memiliki aset itu tercapai setelah bertahun lamanya menunggu.

“Bismillahirrahmanirrahim, macam mana eh nak start? Rasa bersyukur tak terhingga sangat ni.

“Bertahun-tahun cari rumah. Bertahun juga la tunggu nama lepas kat bank. Kenangan yang paling tak boleh Sweet lupa rasanya 1 tahun tu memang kehulu-kehilir dengan mama pergi tengok show house (thank you Mama for everything).

“Baik rumah baru atau rumah lama semua pergi tengok. Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan untuk booking.

“Tapi tu la, Allah kata bukan rezeki kan. Kita redha. Rumah ni pun, patutnya last year dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat,” tulisnya gembira.

Kongsi Sweet lagi, dia mendedahkan perancangan untuk memiliki rumah ketika dia dan Adam belum berkahwin lagi.

“Yang penting, Allah bagi rezeki untuk kami berdua betul-betul waktu dah nak tunang. Rasanya niat tu penting kan?

“Masih ingat bila kami ada berbual dan saya cakap “Sayang, sebelum kahwin jom kita make sure masing-masing dapat beli asset dulu. Untuk keluarga. Let’s make this work together”.

“And see, we did it sayang and we did it too mama. Terima Kasih Ya Allah atas pinjaman dunia ini,” tutupnya.

Adam turut berkongsi momen gembira tersebut dan memaklumkan dia terbuka sekiranya mana-mana produksi ingin melakukan penggambaran di kediamannya kelak.

“To all Production Manager Malaysia yang disayangi. Abang nak bagitau rumah abang boleh diguna untuk shooting but bagi abang renovate rumah abang dulu cantik-cantik.

“Maklumlah kunci pun baru dapat. Rumah abang sesuai untuk shoot slot Akasia, MegaDrama, Widuri, Samarinda, Lestary, Viu, Iqiyi, dan sewaktu dengannya.

“Nanti dah siap abang bagitau ok and don’t worry harga masuk akal abang bagi untuk sewa ye,” tulisnya.

Untuk info, Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Adam Lee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Jul 2018

Luahan Hati Si Ibu, ‘Saya Tak Boleh Terima Bagaimana Adam Diperlakukan,’

Saya tak boleh terima anak saya dilakukan sedemikian, kerana saya tak buat anak orang begitu…

Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Lambat Sikit Pun Dah Kecoh !!

Datang lambat sikit pun nak kecoh , asyik nampak keburukan orang lain saja!

Trending Sat, 7 Apr 2018

Pasal Uban Meghan Markle, Netizen ‘Naik Hantu’!

Dalam masa sama, ada yang menjadikkanya sebagai bahan lawak. Pasal uban saja, kecoh sedunia!

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

Selebriti Sun, 12 Jun 2022

“Saya Dah Sediakan Rumah Untuk Semua Anak-Anak” – Jamal Abdillah Tak Pilih Kasih, Tak Mahu Gaduh Dengan Bekas Isteri

Jamal Abdillah tidak pilih kasih, sediakan sebuah rumah untuk kesemua anak-anaknya.