Featured By: Maya Basir November 2, 2022 @ 6:51pm

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Penyanyi hip-hop kelahiran Singapura, Alyph memberitahu pernah mengalami depresi sewaktu pandemik Covid-19.

Memetik laporan Kosmo, Alyph atau nama sebenar Muhammad Alif Abdullah mendedahkan Caprice merupakan antara individu terawal menghulurkan bantuan ketika dia diserang depresi.

“Caprice kawan baik saya dan orang pertama yang saya mesej ketika rasa ada ‘sesuatu’ tak kena dengan kesihatan mental adalah dirinya.

“Kami dah kenal lama. Dia ada beritahu apa patut saya buat (waktu itu) dan memberi jalan bagaimana untuk berdepan masalah tersebut (depresi).

“Saya sangat hormat dan hargai Caprice sebab tak kisahlah apa sahaja yang sedang berlaku, dia sentiasa akan angkat panggilan telefon saya,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Swipe ini, dia pernah mempunyai sejarah masalah kesihatan mental namun perlahan-lahan kesihatan mentalnya mula membaik.

“Apa saya boleh nasihat, kalau ada sesuatu yang tak kena dengan mental kita. Jangan percaya apa yang kalian baca atau nampak dalam internet.

“Dapatkan bantuan (jumpa pakar). Baca buku untuk dapatkan ketenangan atau baca al-Quran,” kongsinya.

Mengulas tentang kontroversi yang sering dikaitkan dengan Caprice, dia memilih untuk memandang sifat positif kawannya itu berbanding perkara negatif yang diperkatakan ramai.

“Caprice tak pernah larikan diri daripada apa-apa pun. Jadi, apa sahaja yang dia buat sekarang, kita sebagai manusia sebenarnya hanya suka tengok dan lontarkan pendapat membabi buta.

“Sungguhpun begitu, saya bersetuju bahawa beberapa perkara perlu diselesaikan atau dilaksanakan secara peribadi,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

‘Rezeki Nak Kahwin’- Pemenang Drama Pendek DFKL 2019 Terkejut

Pemenang anugerah drama pendek di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Mohamad Edzuan menyifatkan kemenangannya sebagai rezeki kahwin yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Edzuan yang menghasilkan drama pendek berjudul ‘Orang Kita’ ketika ditemui sejurus pengumuman […]

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Yana Samsudin Terkejut Anak Buat ‘Hal’ Lagi

Ciuman terbaik dari ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.

Hiburan Thu, 11 May 2023
Trending Tue, 23 Jun 2020
Hiburan Fri, 28 Feb 2020

“Saya Tak Hirau Dan Tak Nak Ambil Tahu!” – Ibu Arwah Abam

Moga yang baik-baik sahaja buat keluarga ini.

Featured Fri, 24 Apr 2020

Jangkitan COVID-19 boleh kembali meningkat jika tidak berwaspada

Sikap sambalewa boleh cetus penularan baharu

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

HADIAH KAHWIN RM 1 JUTA?

Siapa yang tidak gembira apabila diberikan hadiah perkahwinan bernilai RM1 Juta kan? Kalau nak tahu, itu adalah hadiah perkahwinan buat Adib Khalid dan pelakon cantik, manis berdarah Pakistan, Izara Aishah. Wow! Seronok lah kan?

error: Content is protected !!