Trending By: SGMS Faida July 19, 2018 @ 12:14am

Luahan Hati Si Ibu, ‘Saya Tak Boleh Terima Bagaimana Adam Diperlakukan,’

Kes pemergian Adam Rayqal Sufi Naeif ternyata ditangisi seluruh rakyat Malaysia. Namun orang yang paling terkesan sudah tentu ahli keluarganya sendiri.

Ibunya, Farah Madihah berkata kepada wartawan NSTP, beliau tidak menyangka pengasuh berusia 33 tahun itu bertindak begitu kejam dalam masa sama akan ada tindakan setimpal dikenakan ke atasnya.

Farah yang juga berkhidmat sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, pengasuh ada menghubunginya dan memberitahu dengan yakin Adam diambil seorang lelaki.

“ Saya ingatkan betul-betul anak saya dilarikan, tak terfikir langsung pengasuh akan buat Adam begitu.

“Tapi bila tahu anak saya ditemui di tempat tidak sepatutnya, saya tak boleh terima dan saya tak dapat bayangkan keadaan anak saya ketika itu.

“ Saya tak boleh terima anak saya dilakukan sedemikian, kerana saya tak buat anak orang begitu,” katanya sewaktu menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad, semalam.

Mayat Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif ditemui mati dalam peti sejuk rumah pengasuh, di Kampung Nahkoda, Batu Caves, 3 Julai lalu.

Katanya, dia berharap kejadian menimpa ke atas anak itu diambil iktibar dan kerajaan dapat memantau seterusnya menyediakan kemudahan pusat asuhan di tempat bekerja.

“Sebagai kakitangan pusat perubatan, kita menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit jadi tak salah sekiranya kebajikan kami juga turut dijaga.

“Susah nak jumpa pusat asuhan menyediakan perkhidmatan menjaga mengambil anak-anak yang ibu bapanya bekerja shif, jika ada pasti kosnya tinggi dan bila ada kemudahan itu ia sangat membantu.

“Memang susah nak meletakkan keyakinan kepada pengasuh tapi bila dia beri keyakinan dan menjaga pula seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) sedikit sebanyak saya membuat pertimbangan menghantar anak saya ke pengasuh itu,” katanya.

Kisah Adam Rayqal menggemparkan negara selepas ditemui dalam peti sejuk beberapa jam dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya.

Susulan daripada kejadian, suspek juga pengasuh, Noor Aqilah Abd Rahman, 33 didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut didakwa melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa supaya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Sementara itu Noraini berkata, pihaknya mendesak kerajaan menyediakan kemudahan pusat asuhan di jabatan kerajaan sebelum melebarkan perkhidmatan tersebut kepada syarikat swasta.

“Sudah tiba masanya perkara itu dijadikan kewajipan, sebelum ini ia hanya berbentuk galakan. Kementerian juga disaran mewujudkan pusat latihan agar pengasuh dapat menjalankan tugas dengan profesional,” katanya.

Katanya, aktiviti pusat asuhan perlu dipantau dan berdaftar dengan kementerian.

“Kementerian boleh paparkan nama pengasuh yang berdaftar kepada umum melalui laman sesawang dan hebahan di pihak berkuasa tempatan sebagai rujukan serta meyakinkan ibu bapa.

“Isu pusat pengasuh dan pengasuh ini perlu diambil serius dan diselesaikan segera, jangan jadikannya sebagai isu bermusim,” katanya. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 8 Mar 2024
Trending Mon, 15 Jul 2019
Trending Fri, 16 Apr 2021

Kebenaran Rentas Negeri Kini Diperketatkan Dengan Syarat…

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang semakin menunjukkan peningkatan dan masih belum stabil. Menurut, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah […]

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Trending Thu, 20 Sep 2018

Hantu Bertudung Litup Munafik 2 Bukan Perempuan Tetapi Lelaki Kacak!

Melihat wajah sebenar hantu ala-ala Valak dalam filem Munafik 2, bikin ramai wanita crush!