Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 30, 2023 @ 1:00pm

Hattan Puji Aina Abdul Penyanyi Terbaik, Tapi Sayang Masih Belum Cukup.. – “Vokal Bagus, Saya Suka Dia.. Cuma…”

Penyanyi, Datuk Hattan tidak menafikan bintang yang semakin meledak dalam industri, Aina Abdul mempunyai bakat yang sangat bagus. 

Memetik laporan mStar, Hattan meluahkan rasa kesal apabila pelantun lagu popular Semalam itu masih tidak mempunyai album.

Jelas pemilik lagu Rendang Tak Berbuah ini, Aina mempunyai vokal yang bagus dan merupakan salah seorang penyanyi terbaik, sayang sekiranya tidak mengeluarkan album.

“Saya pernah pergi konsert dia di Istana Budaya, dia suara bagus.. nyanyi satu dua lagi miliknya, lepastu nyanyi lagu orang. 

“Sayangnya, lagu saja tak cukup.  Kalau dia ada full ablum, dasyat nama Aina Abdul tu. Suka atau tak suka, kena ada album. 

“Vokalnya bagus, sayanglah.. lagu tak cukup,” ujarnya. 

Sementara itu, Hattan turut mengulas mengenai penampilan Aina yang sering menjadi perhatian ramai di media sosial setiap kali hadir ke acara terkemuka. 

Menurut Hattan, perkara tersebut merupakan hak Aina sendiri sebagai seorang penyanyi untuk menonjolkan diri. 

“Baju tu itu dia punya rights la, orang ada macam-macam trend nak menonjolkan diri.. afterall itu dia punya duit, tak susahkan kita. 

“Saya suka dia, dia salah seorang penyanyi yang bagus.. suara dia sedap. Penyanyi yang terbaik.. dia masuk pelbagai program, attitude bagus dan dia hormat orang..,” ujarnya.  

Dalam masa yang sama, Hattan berkata setiap penyanyi dalam industri seni perlu mempunyai album supaya peminat lebih menghargai karya-karya muzik. 

“Sekarang ni bezanya penyanyi dulu ada album, orang simpan dan akan putar jadi orang lebih menghargai karya-karya muzik kita.

“Zaman sekarang ni media sosial tapi ia akan pergi macam tu saja, artis boleh jadi besar hari ini tapi tahun depan dah habis. Mereka boleh tengok di YouTube, tapi kalau bosan scroll. 

“Ada album, ada cd, jadi peminat akan menghargai. Best la,” katanya. 

Sebelum ini, Aina berkata dia sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan album. 

Artikel berkaitan:

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

BYON7 Janji Aksi ‘Tarung’ Sebenar, Rematch Paling Dinanti Sabtu Ini!

Tumpuan BYON Combat Showbiz 7 Sabtu ini pastinya terarah kepada aksi ulangan antara Putra Abdullah dan Ronal Siahaan.

Featured Mon, 15 Jan 2024
Featured Tue, 8 Apr 2025
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Saya Pun Sedang Berjuang” – Amira Othman Terharu Jadi Asbab Wanita Berubah Ke Arah Lebih Baik

Amira Othman akui masih berjuang dalam menjaga aurat, terharu dijadikan idola

Hiburan Fri, 19 Jan 2024
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya â˜ș #uwaisalqarni #atok […]

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Featured Sat, 11 Jun 2022

Guru Sekolah Temukan Jasad Eril Terima Penghargaan – “Danke Mrs. Geraldine. Hatur Nuhun. Terima Kasih”

Salam Takziah untuk Ridwan Kamil sekeluarga đŸ˜ąâ€ïž Terima kasih Mrs. Geraldine atas jasanya. Al-fatihah đŸ„€

error: Content is protected !!