Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 11, 2022 @ 3:47pm

Guru Sekolah Temukan Jasad Eril Terima Penghargaan – “Danke Mrs. Geraldine. Hatur Nuhun. Terima Kasih”

Selepas jasad anak kepada Gabenor Jawa Barat Emmeril Kahn Mumtadz ditemui, seorang guru wanita dipercayai individu yang menemukan jasad Eril ketika sedang berjalan menuju ke sekolah berdekatan dengan tempat kejadian menjadi bualan ramai.

Menerusi akaun rasmi Instagram (IG) milik Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil telah membuat satu hantaran meminta pasukannya mencari wanita tersebut untuk beliau memberi penghargaan dan ingin mengucapkan terima kasih atas jasanya kerana telah membantu pihak berkuasa dengan memberi maklumat tentang penemuan jasad anaknya sebelum beliau berangkat pulang ke Indonesia.

“Mohon carikan ibu guru itu, saya berkewajiban menghaturkan terima kasih sebelum pulang ke tanah air,” tulis beliau.

Selepas beberapa jam hantaran itu dibuat, Ridwan berjaya berjumpa dengan guru sekolah rendah tersebut. Wanita tersebut ialah Geraldine Beldi.

Namun, bukan terima kasih sahaja diucapkan, Ridwan berjanji dengan Geraldine jika melawati atau melancong ke Indonesia, pihaknya sendiri akan memberikan layanan istimewa buat wanita itu.

“Ibu Geraldine kalau ingin berkunjung ke Indonesia, tolong kabarin saya ya, nanti semuanya saya yang urus sebagai rasa terima kasih kami.

“Danke, Mrs Geraldine Beldi, hatur nuhun, terima kasih,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ridwan Kamil (@ridwankamil)

Menurut pihak polis, jasad Eril ditemui pada jam 6.05 pagi (waktu tempatan) hari Rabu di kawasan empangan Engehalde.

Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ketika sedang berenang di Sungai Aare pada 26 Mei lalu.

Jelas jurucakap polis, Joel Regli memaklumkan bahawa Eril dipercayai hilang sewaktu berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra dan seorang rakan di sungai tersebut yang terletak beberapa ratus meter ke hulu dari pusat bandar.

Untuk makluman, Eril yang merupakan anak sulung kepada Ridwan berada di Switzerland bersama keluarga adalah untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat sarjana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 May 2019

Tak Sangka Terima Respon ‘Gempak’ Dari Peminat, Alif Satar Anggap Cabaran Menjadi!

Siapa sangka, daripada ajakan secara suka-suka, ia akhirnya menjadi kenyataan. Semuanya bagai tersusun dengan begitu cantik…

Featured Thu, 17 Nov 2022

Tempuh Penerbangan Berbelas Jam, Nazeera Sardi Hiking Dengan Dress Untuk…

Pelakon Nazeera Sardi berkongsi momen percutiannya di Turkiye. @nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok […]

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Trending Thu, 19 Nov 2020

Muslim Pro TIDAK Menjual Data Kepada Tentera AS

Harapnya semua baik-baik sahaja

Featured Sat, 31 May 2025
Hiburan Sat, 19 Jan 2019
Trending Tue, 1 Sep 2020
Featured Wed, 12 Feb 2020
error: Content is protected !!