Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 17, 2019 @ 4:23pm

Tak Sangka Terima Respon ‘Gempak’ Dari Peminat, Alif Satar Anggap Cabaran Menjadi!

Penyanyi, Alif Satar tidak menyangka lagu Sesungguhnya 2019 yang dirakam bersama penyanyi asalnya, Raihan, mendapat sokongan hebat daripada penggemar seni muzik.

Bahkan, lagu ciptaan sepenuhnya bekas vokalis kumpulan nasyid terkenal itu, Nazrie Johanie, turut menarik perhatian peminat bukan Islam.

Sejak dikongsi di YouTube pada 9 Mei lalu, video rasmi lagu itu sudah ditonton hampir 4 juta kali dan berada pada kedudukan pertama dalam carta sohor kini laman terbabit.

“Saya sendiri tidak menyangka lagu yang pernah dimuatkan dalam album Puji-Pujian ini akan turut digemari kelompok peminat bukan Islam. Saya jadi takjub dan kagum apabila melihat serta membaca komen positif mereka terhadap lagu duet kami.

“Jujurnya, saya masih terasa seperti bermimpi apabila berpeluang merakamkan lagu secara duet dengan legenda nasyid itu. Sememangnya, Raihan adalah kumpulan yang saya cukup kagumi sejak kecil.

“Siapa sangka, daripada ajakan secara suka-suka, ia akhirnya menjadi kenyataan. Semuanya bagai tersusun dengan begitu cantik,” kata bakat yang dicungkil daripada pertandingan One in a Million ini.

Kata Alif, pastinya setiap artis akan berasa teruja apabila dapat bergabung dengan kumpulan yang mencatat jualan album tertinggi di negara ini, suatu masa dahulu, dan dianggap sebagai ‘rockstar’ dalam industri nasyid.

Ditanya apakah duet bersama Raihan menjadi isyarat dirinya akan lebih terarah kepada muzik Islamik selepas ini, Alif berkata, dia bersikap terbuka dalam perkara itu.

“Ia bukanlah sebuah eksperimen, tetapi saya sebaliknya ingin mencabar diri untuk menyanyikan pelbagai genre lagu, termasuk nasyid. Selain pop, jazz dan R&B, saya juga kini berjinak-jinak merakamkan semula lagu dendangan pelbagai artis di YouTube.

“Percubaan merakamkan Sesungguhnya 2019 ini juga bukan bermaksud saya sudah berubah. Cuma, dalam hidup ini, saya sentiasa cuba memperbaiki kelemahan diri. Saya sendiri bukanlah alim sangat, namun cuba menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

“Pada masa sama, siapa tahu, usaha duet ini akan membuka mata penyanyi generasi baharu atau ‘budak baru nak up’ (BBNU) untuk mendengar lagu nasyid mereka yang cukup hebat pengisiannya,” kata Alif yang terbabit dengan sebuah program amal bersama Raihan di Putrajaya, petang ini.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Oct 2023
Featured Sat, 24 Jul 2021

“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, […]

Events Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Inteam Rai 25 Tahun di Axiata Arena, Bukti Nasyid Terus Mekar & Relevan Merentas Zaman

Malam Ahad lalu menjadi saksi sebuah perjalanan seni yang panjang, jujur dan penuh makna apabila kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan mereka menerusi penganjuran Konsert Nur Kasih 25 Tahun di […]

Featured Mon, 27 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Pertaruhan Lagu Paling ‘On Fire’, Dapatkah Finalis Mencuri Perhatian Juri & Penonton?

Program realiti nyanyian popular XTRA XSTAR 2025 kini semakin hampir ke penghujungnya sekali gus menandakan detik paling mendebarkan buat para finalis yang masih kekal berjuang.

Featured Fri, 10 Jan 2025

Kediaman Disewa Sejak 2019, Farid Kamil Tak Tahu Rumah Bakal Dilelong – “Sebelum Ni Tak Ada Masalah”

‘Sebelum ini penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini – Farid Kamil

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

Orange陈慧恬拍拖啦!

八度空间主持人兼歌手Orange陈慧恬与香港摄影师Nash Lee相识逾半年,今年1月谱出异国恋曲。这也是她出道11年来首次对外认爱,似乎已认定对方,更被外界揣测好事近了?

Hiburan Thu, 13 Mar 2025

Komited & Merendah Diri, Netizen Puji Noorkhiriah Hadiri Kelas Lakonan Demi Watak Sarat Emosi – “Pelakon Hebat Pun Masih Belajar”

Noorkhiriah dipuji merendah diri tetap komited hadiri kelas lakonan demi watak sarat emosi

error: Content is protected !!