Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 19, 2019 @ 1:13am

’Terima Kasih Jadi Imam, Suami Terbaik’, Sweetnya Ucapan Stacy Untuk Suami!

Penyanyi Stacy meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang terbaik buat dirinya serta anak-anak. 

Menerusi laman Facebook penyanyi lagu Cakap Ke Tangan ini, dia membuat ucapan manis buat suaminya, penyanyi Akim Ahmad.

“ Terima kasih sebab selalu berusaha menjadi suami, Imam dan daddy yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya I dan anak-anak sangat bahagia dan bersyukur sebab you selalu ada bersama kami dan mengutamakan kami bertiga walau sibuk jadi Hang Nadim dan jadi Akim,” katanya penuh bersyukur.

Stacy turut menitipkan ucapan hari jadi ke 28 buat suami tercinta dan dalam masa sama berharap Akim sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT.

“ Semoga impian besar kita bersama yang akan datang ini akan dipermudahkan dan berkembang seperti SINTA teragung kita. Amin Insha Allah,” luahnya.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berkahwin dengan Akim pada 5 Februari 2016 di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. 

Sementara itu, Stacy turut memaklumkan suaminya bersama anggota kumpulan The Majistret bakal tampil dengan single terbaru berjudul Yang Satu. Wah, tak sabar we all nak dengar!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Min Yasmin Popular Di Filipina?

Wajah Min turut dipaparkan pada badan bas yang juga studio bergerak stesen itu. Power lah!

Featured Mon, 23 Jun 2025

Rahmad Mega Menangis, Anak Istimewa Meninggal Dunia

Penyanyi Rahmad Mega gagal menahan sebak selepas memaklumkan anak istimewanya, Nur Ara Elisya,15, telah meninggal dunia.

Hiburan Sat, 18 Jan 2025
Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Remaja 19 Tahun Beranikan Diri, Naik Bas Seorang Diri Dari Selangor Ke JB Untuk Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM

Remaja 19 tahun yang berasal dari Selangor mengambil langkah berani berkelana ke JB dengan menaiki bas seorang diri, cuba nasib uji bakat OIAM!

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Jangan Main-Main, Raline Shah Pakar ‘Menembak’ Sekarang!

Raline juga berkongsi pengalaman belajar menembak selama sebulan sehingga berjaya mengawal senjata dan menggunakan senjata M 17 dan M4.

Featured Fri, 14 Mar 2025

Mr. E Kongsi Kisah Bersama Erra Fazira, Ucapan Istimewa Curi Perhatian – “Dia Matang, Elegan & Bijak”

Mr. E tampil memberikan respons mengenai sesi siaran langsung yang dibuat bersama Erra sebelum ini.

Featured Fri, 27 May 2022
Events Fri, 25 Oct 2019

黄启铭因「饭盒」回归电视圈!张惠虹复出拍剧压力大

久违两年没接拍电视剧的黄启铭自爆因想念「饭盒」所以回归电视圈;而当了4年家庭主妇的「视后」张惠虹,终于也忍不住复出拍剧,直呼压力大!

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Netizen Persoal Kredibiliti Shila Amzah Jadi Peserta

Mungkin nak bawa pembaharuan gitu!!! Tak baik tau cakap tak layak

error: Content is protected !!