Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 8:36pm

Remaja 19 Tahun Beranikan Diri, Naik Bas Seorang Diri Dari Selangor Ke JB Untuk Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM

Seorang remaja berumur 19 tahun yang berasal dari Selangor mengambil langkah berani berkelana ke Johor Bahru dengan menaiki bas seorang diri untuk mencuba nasib di uji bakat Calpis Soda One In A Million (OIAM).

Dengan semangat untuk mengubah kehidupannya dan mengejar impian sebagai penyanyi, remaja yang dikenali dengan nama Mohammad Fateh itu berusaha menghadapi cabaran demi meraih peluang yang mungkin mengubah masa depannya.

Fateh mencuba nasib di uji bakat mencari peserta OIAM diadakan di Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2024, bermulai semalam dan hari ini (Sabtu dan Ahad), bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall bermula pada jam 9 pagi hingga 8 malam.

Aktif membantu keluarga dalam perniagaan karipap pusing di Selangor, sokongan dan dorongan yang kuat daripada keluarga serta rakan kerja sentiasa memberi motivasi dan dorongan Fateh untuk terus berusaha mencapai impian dalam bidang yang dicintainya.

Remaja ini sangat berhasrat untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu daripada guru vokal, Cikgu Sarah Ismail. Bimbingan Cikgu Sarah diyakini akan membantu mengembangkan bakat dan meningkatkan kebolehan menyanyinya.

Fateh telah memasang niat untuk belajar vokal bersama Cikgu Sarah dan ketika melihat figura itu duduk di kerusi juri uji bakat OIAM, remaja itu berasa gementar.

Namun begitu, Fateh tetap bersemangat untuk membuat Cikgu Sarah kagum terhadap bakat yang ada dalam dirinya.

“Saya memang memasang niat untuk belajar vokal bersama Cikgu Sarah. Melihat beliau sebagai juri membuatkan saya berasa gementar, tetapi semangat untuk membuat beliau terkesan sangat membara dalam diri saya. Saya percaya bimbingan beliau akan membantu saya mencapai impian saya dalam dunia muzik,” katanya.

Fateh mahu fokus menyertai setiap pertandingan nyanyian kerana rakan-rakannya percaya dan memberi sokongan terhadap bakat yang ada pada dirinya.

Tidak mahu mensia-siakan bakat tersebut dan ingin memanfaatkannya sebaik mungkin, Fateh ingin mencipta sesuatu yang baharu, seperti lagu-lagu yang memberikan makna mendalam tentang alam dan kehidupan, menggunakan genre terkini agar mudah diterima oleh pendengar.
Menerusi pendekatan ini, ia secara tidak langsung akan memberi kesedaran tentang keindahan serta kepentingan dunia di sekitar kita.

“Jika terpilih, saya bercita-cita untuk mengubah aliran industri muzik Malaysia dengan menghasilkan karya yang bukan hanya berkisar tentang cinta. Dia ingin memperkenalkan lagu-lagu yang memberi makna mendalam tentang alam dan kehidupan, dengan mengolahnya dalam genre terkini agar lebih mudah diterima oleh pendengar.

“Melalui lagu-lagu saya nanti, saya berharap dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menghargai segala yang ada di sekeliling kita dan memberi inspirasi untuk menghargai keindahan dunia,” katanya lagi.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.
Johor dipilih sebagai lokasi pertama bagi sesi ujibakat pencarian bintang baharu OIAM dengan pemenang akan membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM1 juta.

Selepas Johor Bahru, uji bakat bersemuka OIAM akan diteruskan lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur, pada setiap hujung minggu antara 9 hingga 17 November ini, dengan lokasi uji bakat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Projek 100 Lagu 100 Tahun Hidupkan Semula Warisan Muzik Melayu

Melalui projek ini, lagu-lagu yang memberi impak besar dalam sejarah muzik tempatan akan dipersembahkan semula dalam versi kontemporari.

Trending Mon, 15 Jun 2020

Pencari Kerja Kini Boleh Mohon PenjanaKerjaya, Bayaran Insentif Bermula 1 Julai

Sedikit info dan berita baik buat mereka yang hilang kerja ketika PKP..

Featured Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Mon, 30 Jun 2025

Dakwa Jadi Mangsa Ciplak, Noraniza Idris Luah Rasa Kecewa

Alamak, Kak Ani jadi mangsa ciplak ke?

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’, Nabila Huda Beri Penjelasan

Harap dipermudahkan segala masalah mereka

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Che Ta Mahu Jadi Muslimah Yang Sempurna

Syabas Che Ta! Kalau sebelum ni Che Ta memang cantik, sekarang ni lagi bertambah-tambah cantik lah nampak gaya nya.

error: Content is protected !!