Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 7, 2025 @ 5:59am

Projek 100 Lagu 100 Tahun Hidupkan Semula Warisan Muzik Melayu

Projek 100 Lagu 100 Tahun merupakan satu inisiatif penerbitan yang bertujuan menghidupkan semula warisan muzik Melayu dengan menghimpunkan 100 lagu ikonik yang pernah mewarnai industri muzik tanah air sepanjang satu abad.

Melalui projek ini, lagu-lagu yang memberi impak besar dalam sejarah muzik tempatan akan dipersembahkan semula dalam versi kontemporari oleh artis-artis popular tanpa mengubah keasliannya, agar dapat dinikmati oleh generasi baharu.

Projek ini diilhamkan oleh Prof Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamad Mustafa Ishak, Pengerusi Eksekutif World Business Affairs Sdn Bhd, bersama komposer dan produser terkenal, Dr. Azmeer.

Idea tersebut dicetuskan ketika Dr. Mustafa masih menjawat jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2016 sehingga 2017.

Walaupun tertangguh atas beberapa faktor, projek ini akhirnya dapat direalisasikan selepas menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Dana Kandungan Kreatif pada tahun 2021.

“Kami berbangga dapat mempersembahkan koleksi lagu yang mengukuhkan sejarah muzik Melayu. Sentuhan seni daripada kedua-dua Dr. Azmeer dan Datuk M. Nasir memberi jaminan nilai budaya dan keaslian lagu-lagu ini kekal relevan dalam era moden,” kata Dr. Mustafa.

100 Lagu 100 Tahun akan diterbitkan dalam empat volum, dengan setiap volum mengandungi 25 lagu. Selain versi audio dan visual, sebuah buku meja kopi turut akan diterbitkan untuk merakam sejarah, latar belakang penciptaan, lirik serta impak sosial lagu-lagu ini ketika mula diperkenalkan.

Projek ini diterbitkan oleh World Business Affairs dengan kerjasama Luncai Emas Sdn Bhd, yang akan menguruskan pengedaran audio dan audio visual di platform digital. Sementara itu, penerbit buku meja kopi masih dalam perbincangan akhir.

Antara lagu-lagu yang dipilih untuk volume pertama ialah karya-karya tradisional seperti Ulek Mayang dan Nuri Terbang Malam yang mencerminkan akar budaya Melayu serta lagu-lagu pop moden seperti Wajahmu Di Mana-Mana (Azlina Aziz), Kenangan Lalu (Flybaits), dan Madah Berhelah (Ziana Zain). Turut dimasukkan ialah Getaran Jiwa (P. Ramlee) dan Penantian (Kumpulan Harmoni), yang menampilkan evolusi muzik tanah air dari segi irama dan lirik.

Single pertama projek ini ialah Nuri Terbang Malam, dinyanyikan oleh Datuk M. Nasir dan dilancarkan pada Januari 2025. Lagu ini dipercayai sebagai lagu Melayu pertama yang pernah dirakamkan dalam bentuk piring hitam sekitar tahun 1903 oleh syarikat rakaman antarabangsa dari United Kingdom, Gramophone Company. Penyanyi asalnya ialah Qasim.

“Sebagai seorang penggiat seni, saya ingin membawa karya Nuri Terbang Malam ini ke generasi baharu tanpa melupakan asal-usulnya. Lagu ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik kita dan tugas kita adalah untuk mengabadikannya,” kata M Nasir.

Single kedua pula adalah Penantian, lagu ciptaan Allahyarham Zubir Ali yang asalnya diterbitkan pada tahun 1981 dan terkenal dengan elemen muzik puisinya. Lagu ini akan dinyanyikan semula oleh Lah Ahmad dan dilancarkan pada 28 Februari 2025.

Dr. Azmeer bertanggungjawab menerbitkan semula sebahagian besar lagu dalam volume pertama ini, manakala dua lagu, termasuk Nuri Terbang Malam, diterbitkan oleh Datuk M. Nasir.

Pengarah Produksi Luncai Emas, Keon Omar, menyatakan pihaknya menyambut baik projek ini kerana seiring dengan visi syarikat untuk mengangkat dan mengiktiraf karya-karya muzik hebat agar terus dikenali oleh generasi muda. “Usaha ini juga dapat memberi pendapatan berterusan kepada komposer-komposer yang terlibat,” tambahnya.

Sebagai ketua projek, Dr. Azmeer berharap penerbitan buku meja kopi yang dirancang dapat menjadi sumber rujukan berharga mengenai asal-usul lagu-lagu ini.

“Kami berharap buku ini dapat diterima baik, memberi ilmu dan manfaat, serta menarik minat generasi muda untuk mengenali lagu-lagu lama,” kata Dr. Azmeer.

Majlis pelancaran projek ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan Volume 1 (25 lagu), tetapi juga sebagai seruan kepada agensi kerajaan dan pihak swasta untuk menyokong penerbitan tiga volum seterusnya. Penerbitan Volume 1 direalisasikan dengan sokongan Kementerian Komunikasi di bawah Dana Kandungan Kreatif.

Dengan pelancaran 100 Lagu 100 Tahun, diharapkan warisan muzik Melayu dapat terus dihargai, sekaligus menghubungkan generasi lama dan baharu menerusi keindahan muzik yang abadi.

Kredit Foto: Harian Metro & BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Aug 2021

Dibenarkan Dine In Di Semua Negeri Mulai Esok Bagi Individu Lengkap Vaksin

Individu lengkap dos suntikan vaksin Covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan menikmati hidangan di restoran dan kedai makan mulai esok. Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu […]

Hiburan Sat, 10 May 2025
Featured Wed, 19 Oct 2022

Pembedahan Dirahsiakan, Sissy Imann Akhirnya Dapat ‘Greenlight’

Alhamdulillah.. Semoga segera diberi kesembuhan

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Happikiddo Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Hanis Zalikha

Majlis istimewa ini telah dianjurkan oleh HappiKiddo yang mana Hanis telah dilantik menjadi duta rasmi mereka.

Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Trending Mon, 19 Mar 2018

「枇杷膏」是调酒神配料?外国最惊奇新流行

外国网友近日发现「念慈庵川贝枇杷膏」除了止咳的效果非常好之外,且也是调酒界的「神级配料」!日前在美国更是被炒到天价70美元(约274令吉)的价格,比正常价格贵了10倍以上。

Featured Fri, 14 Oct 2022

Kedai Shuib Dilanggar Kereta SUV, Pemandu Dipercayai Tertekan Minyak

Aduh kesiannya.. Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua belah pihak

Featured Fri, 11 Aug 2023

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Alamak, kenapa dengan lovebirds ni?

error: Content is protected !!