Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 6, 2024 @ 4:28pm

“Terpulang Kepada Interpretasi Mereka” – Stacy Nafi Lagu ‘Menyala’ Respons Balas Terhadap Kontroversi Konsert

Penyanyi, Stacy tampil menafikan dakwaan single baharunya berjudul Menyala dianggap sebagai ‘respon balas’ susulan kontroversi membabitkan penarikan dirinya daripada sebuah konsert, baru-baru ini.

Ketika ditemui XTRA, Stacy menjelaskan bahawa lagu yang menerapkan elemen Sabah itu telah diciptakan pada bulan Julai lalu, iaitu sebelum isu konsert tersebut tercetus.

“Lagu Menyala ini dihasilkan pada bulan Julai, sebelum isu (Konsert Sumandak) itu terjadi. Ketika itu saya baru lepas menyertai sebuah program.

“Sekiranya ada segelitir daripada mereka yang rasa ini adalah persaingan, pada saya, ia juga adalah sebahagian daripada pencertiaan dimana ada baik dan buruknya.

“Saya hanya mahu fikir positif terhadap apa sahaja yang akan datang, sebab itulah dunia hiburan. Kalau perasan, sejak 2009 untuk lagu Pakai Buang saya sudah mula letak elemen Sabah. Perkara ini bukan suatu yang baru.

“Terpulang kepada interpretasi orang, saya okay sahaja mereka nak spekulasi apa yang penting kita move on,” katanya.

Stacy berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single baharunya berjudul Menyala di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lebih lanjut mengenai karya baharu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Bunga Cantik (Stacy), isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad berkata lirik Menyala memberi peringatan kepadanya.

“Lirik lagu pula lebih kepada mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa beringat dan berpada-pada dalam melakukan sesuatu hal. “Macam saya sendiri, saya banyak menggunakan peringatan ini ketika membuat persembahan.

“Untuk mendapatkan keadaan sederhana ketika beraksi bersama penari, saya memerlukan ketenangan dan fokus yang jitu. Tak kisahlah dalam kehidupan atau apa sahaja perkara, kita perlu ada ketenangan ikut bersama,” katanya yang turut teruja merakamkan Muzik Video Menyala di Sabah.

Menyala merupakan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment yang sudah berada di semua platform digital dan penstriman.

Artikel Berkaitan: Peminat Kecewa Stacy Undur Diri, Tidak Terlibat Dalam Konsert Sumandak Stars

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Aug 2019

This Revolutionary Method of Using the Typical Plastic Food Container is Either Hilarious or Actual Genius!

Everyone is today-year-old to realize the full potential of these typical plastic food containers.

Events Mon, 26 Feb 2018

Akhirnya Abam Tinggalkan BBB 2018

Abam akhirnya meninggalkan pentas Bintang Bersama Bintang pada minggu yang kelima pada Ahad. Dengan persembahan berkonsepkan kekeluargaan, Abam menampilkan Shaney sebagai artis jemputannya untuk membantu beliau pada kali ini.   Namun, rezeki tidak berpihak kepada […]

Hiburan Tue, 22 Aug 2023
Trending Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Kayda Kongsi Pesanan Untuk Kaum Hawa Dalam ‘Macam Macam’

Buat penggemar lagu hip hop di luar sana, semoga terhibur!

error: Content is protected !!