Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 24, 2023 @ 2:40pm

Konsert OAG Rugi, Radhi Dedah Terpaksa Berhutang Dengan Ah Long – “Tiket Pun Banyak Kita Giveaway”

Vokalis kumpulan OAG, Radhi mendedahkan bahawa penganjuran Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Disember lalu mengalami kerugian.

Menurut Radhi atau nama sebenar, Muhammad Radhi Razali memberitahu mereka menjayakan konsert tersebut demi peminat biarpun tiket tidak terjual.

“Bayangkan dua bulan sebelum konsert kami buat promosi tapi tiket tak terjual. Sebenarnya tiket banyak yang kami bagi secara percuma. Orang tak tahu perkara ini, orang ingat tiket terjual tapi tidak.

“Ketika dapat tawaran, saya beritahu tak mahu lakukan kerana kami tiada masa tetapi disebabkan peminat, kami buat juga. Ia satu cabaran buat saya ketika itu.

“Kami juga buat konsert dalam keadaan bajet tidak ada. Sebab kerajaan tidak ada lagi masa itu. Penganjur memang ada, begitu juga dengan penajaan tetapi ia ditarik balik. Tapi, akhirnya kerajaan baharu membantu, Alhamdulillah,” ujar Radhi.

Radhi ditemui pada tayangan khas filem dokumentari berjudul Pekik di FINAS, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Radhi, dia mendakwa pihak penganjur terpaksa meminjam pada ah long bagi tujuan kos persiapan konsert.

“Pada jam 3 petang hari konsert itu, kami tak dapat siapkan pentas kerana tak cukup duit. Penganjur tanya saya bagaimana dan mereka memberitahu akan pinjam dengan ah long. Saya cakap ia bukan idea yang baik.

“Untuk pengetahuan, pada hari itu juga ah long datang dari Pulau Pinang dan bawa RM50,000 dan tiket pun banyak kita giveaway (beri percuma),” dakwanya.

Mengulas mengenai pengunduran anggotanya iaitu Qi Razali, Radhi menafikan bahawa terdapat persengketaan ataupun perselisihan faham antara mereka.

“Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku. Konsert 30 Tahun Generasiku itu dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi.

“Bagi saya apa yang terjadi adalah disebabkan masalah peribadi. Bukan sebab dia bergaduh dengan saya. Kami tak gaduh pun. Kami baru sahaja berjumpa baru-baru ini. Kami tak ada masalah, aman sahaja.

“Cuma apa yang berlaku ketika itu adalah sangat kritikal kerana promosi dijalankan dalam tempoh dua bulan sebelum konsert. Tiba-tiba Pilihanraya Umum (PRU) sedang dilakukan. Tiket tak terjual.

“Dalam kepala Qi, mungkin dia rasa konsert itu boleh berjaya tetapi tidak menepati apa yang diharapkannya,” jelas Radhi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 8 Oct 2025

Jeon Yeo-Been Ubah Segalanya Dalam Drama Terbaharu, Ms. Incognito! Saksikan Sekarang Di Tonton

Ms. Incognito mula ditayangkan serentak di Korea dan Malaysia bermula 29 September 2025, eksklusif di Tonton!

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Remy Ishak Putus Tunang

Walaupun sudah putus, Remy tidak menolak jika dia dan Ezza kembali bersama…

Trending Sat, 3 Jul 2021

Dijangka Tempoh 3 Bulan Akan Datang Lebih Kritikal – Khairy

Semoga Malaysia sentiasa terpelihara ♥

Drama Mon, 29 Jun 2026

Irfan Zaini ‘Takut’ Bawa Watak Penyondol, Dedah Ibu Pantang Tengok Lakonan Tak Kira Watak Jahat Atau Baik – “Keluarga Saya Agak Alim”

Irfan Zaini mengakui berdepan cabaran membawakan watak Fariz dalam drama terbaharu lakonannya, Luka Di Hujung Setia.

Hiburan Thu, 26 Sep 2019

鍾瑾桦受邀前往韩国!担任音乐节表演嘉宾

Alvin鍾瑾桦受邀前往韩国担任《2019 Asia Song Festival》表演嘉宾;他是继林宇中(2008)、光良(2010)和Asmidar(2017)后第四位受邀的马来西亚歌手。

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Waris Takut Buat Facial?

Kenapa ni waris?

Featured Wed, 12 Nov 2025

Kamal Adli Curi Perhatian, Kongsi Momen Bersama Uqasha Senrose & Anak 

Uqasha & Kamal kelihatan tenang dan bahagia ketika meluangkan masa bersama anak mereka.

error: Content is protected !!