Euforia Bola 2026
Acara By: Khairil Khusyairi February 13, 2023 @ 12:46am

AJL 37: Tepati Ramalan! Terus Hidup Dinobat Juara, Ini Keputusan Penuh AJL 37

Lagu Terus Hidup dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37).

Lagu ciptaan sepenuhnya Aina Abdul ini membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi dan berjaya menewaskan 11 lagu lain yang bersaing di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Jihan Muse, mari kita semak keputusan penuh AJL 37:

JUARA

TERUS HIDUP

Penyanyi: Aina Abdul

Lirik: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

 

NAIB JUARA

SATU MALAM DI TEMASEK

Penyanyi: Joe Flizzow & Sonaone

Lirik: Joe Flizzow & Sonaone

Komposer: Sonaone

TEMPAT KETIGA

ANUGERAH TERINDAH

Penyanyi: Alif Satar

Lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo

Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

VOKAL TERBAIK

TERUS HIDUP

Penyanyi: Aina Abdul

Lirik: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

PERSEMBAHAN TERBAIK

IRAMA

Penyanyi: Shiha Zikir

Lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

 

PENYANYI PILIHAN ALHA ALFA AJL 37

SENGSARA 

Penyanyi: Khai Bahar

Lirik: John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Komposer: John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL 37 dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Barisan juri yang mengadili malam berprestij itu adalah Datuk Acis, LY, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman dan Damian.

Antara artis jemputan yang turut membuat persembahan adalah Exist, Blues Gang, Wany Hasrita, De Fam, Azlan & The Superband, Syamel, Kaka Azraff dan ramai lagi.

Bertemakan dimensi muzik, AJL buat julung kalinya menggandingkan dua pengacara wanita popular, Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai hos utama.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

Tahun ini menyaksikan penganjuran AJL sangat gemilang dengan kehadiran penonton setelah dua tahun diadakan tanpa kemeriahan dan sorakan di dewan.

Sebelum AJL 37 bersiaran, acara Karpet Merah Tonton dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy dan program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil.

Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Siaran ulangan AJL 37 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut AJL 37 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 18 Jan 2018

SUPER SHOW 7 IS COMING TO MALAYSIA, BUT WHEN?!

Super Junior promised Malaysian fans that they will come back here for their major concert, Super Show 7. There are already rumours running around about the concert!

Hiburan Sat, 3 May 2025

“Saya Menangis!” – Tiket Showcase Sulung Nadeera Habis Dalam 3 Minit, Impian 10 Tahun Akhirnya Jadi Kenyataan

Nadeera Zaini masih rasa nama kecil dalam industri, tak sangka rakan selebriti beri sokongan

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Dia Pernah Duduk Dalam Hati Aku…” – Mamat Sepah tak Selesa Nama Jep Terus Dikaitkan

Mamat menegaskan kenangan bersama Jep dan Shuib Sepahtu bukan sesuatu yang mudah dipadam.

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Saya Paling Pantang Bila Orang Salahkan Takdir” – Sarimah Ibrahim 

Pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang gemar menyalahkan takdir ketika berdepan situasi tertentu.

Events Sun, 13 Jan 2019

演唱会零冷场!张韶涵不惧高海拔「用生命」飙高音

距离上次的《纯粹》巡演仅半年时间,Angela张韶涵又展开了新的巡演!首次登上云顶舞台的她,完全没有被高达1865公尺的海拔影响,从第一首到最后一首歌都在「用生命」飙高音演唱。

Featured Wed, 11 Jun 2025

Bergayut Lebih 48 Jam, Ini Respons Ameera Khan – “Saya Clingy, Jefri Nichol Juga Clingy”

48 jam bergayut tanpa henti tidak menjadi masalah buat Ameera Khan dan Jefri Nichol.

Hiburan Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Tue, 11 Nov 2025

Anak Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah, Ibu Raja Azura Hilang Sabar! – “Aku Berdamping Dengan Dia, Siang Malam Cari Duit”

Raja Azura mencari rezeki siang malam, ibu bidas netizen dakwa terdesak tuntut nafkah

error: Content is protected !!