Categories: HiburanSelebriti

Sazzy Falak Anti Pil Langsing Badan?

Memiliki dua cahaya mata kembar bukan alasan pengacara Sazzy Falak untuk tidak tampil menarik.

Dalam masa sama, pengacara Sazzy Falak mengakui tidak pernah percaya dengan makanan tambahan untuk menguruskan badan.

“ Saya tidak pernah percaya dengan penggunaan suplemen kurus. Untuk makanan tambahan seperti multivitamin atau magnesium, saya tiada masalah.

“ Tetapi untuk kuruskan badan, maaf… saya lebih percaya dengan cara semulajadi iaitu bersenam dan pemakanan tepat,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, pengacara berusia 38 tahun ini menyarankan agar wanita di luar sana agar merujuk kepada piramid makanan.

“ Tubuh memerlukan kesemua nutrisi seimbang dan bukan pil yang boleh mendatangkan kemudaratan.

“ Untuk tampil kurus dan sihat, bersenam dan ambil makan yang betul. Selain ke gimnasium, saya juga rajin melakukan yoga dan berkayuh.

“ Lakukan aktiviti yang menyeronokkan, pasti anda rasa tak terbeban untuk turunkan berat badan. Lebihkan minum air dan pengambilan sayur. Hasilnya pasti memuaskan,” katanya semangat.

Dalam perkembangan lain, Sazzy kini sibuk menguruskan syarikat perniagaan usaha sama suaminya, Nazril Idrus dan Ashraf Sinclair.

SGMS Faida