Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 10, 2019 @ 1:00pm

Sazzy Falak Anti Pil Langsing Badan?

Memiliki dua cahaya mata kembar bukan alasan pengacara Sazzy Falak untuk tidak tampil menarik.

Dalam masa sama, pengacara Sazzy Falak mengakui tidak pernah percaya dengan makanan tambahan untuk menguruskan badan.

“ Saya tidak pernah percaya dengan penggunaan suplemen kurus. Untuk makanan tambahan seperti multivitamin atau magnesium, saya tiada masalah.

“ Tetapi untuk kuruskan badan, maaf… saya lebih percaya dengan cara semulajadi iaitu bersenam dan pemakanan tepat,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, pengacara berusia 38 tahun ini menyarankan agar wanita di luar sana agar merujuk kepada piramid makanan.

“ Tubuh memerlukan kesemua nutrisi seimbang dan bukan pil yang boleh mendatangkan kemudaratan.

“ Untuk tampil kurus dan sihat, bersenam dan ambil makan yang betul. Selain ke gimnasium, saya juga rajin melakukan yoga dan berkayuh.

“ Lakukan aktiviti yang menyeronokkan, pasti anda rasa tak terbeban untuk turunkan berat badan. Lebihkan minum air dan pengambilan sayur. Hasilnya pasti memuaskan,” katanya semangat.

Dalam perkembangan lain, Sazzy kini sibuk menguruskan syarikat perniagaan usaha sama suaminya, Nazril Idrus dan Ashraf Sinclair.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

“Semua Yang Kita Lakukan Tergantung Kepada Nawaitu” – Nur Fazura

Fazura nasihat pengikut setiap perbuatan tergantung kepada nawaitu, Allah lihat hasil

Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Featured Tue, 15 Aug 2023

“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini. Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil […]

Featured Tue, 5 May 2026

“Tak Sangka Benda Ni Berlaku, Saya Juga Penat Bekerja & Jaga Anak-Anak” – Dr Fie Terkilan Terima Notis Daripada Nubhan

Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terkilan selepas menerima notis berkaitan kes komital yang difailkan oleh bekas suami terhadapanya. Kata Dr. Afifah usai perbicaraan kes berlangsung, dia tidak menyangka menerima […]

Hiburan Thu, 12 Mar 2026
Featured Sat, 26 Jul 2025
error: Content is protected !!