Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 28, 2025 @ 1:44pm

“Semua Yang Kita Lakukan Tergantung Kepada Nawaitu” – Nur Fazura

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura berkongsi pandangan peribadi yang menceritakan tentang niat seseorang terhadap perkara yang dilakukan olehnya.

Menerusi ciapan di platform Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkata Yang Maha Esa melihat setiap perbuatan dan usaha seseorang.

“Semua yang kita lakukan tergantung pada nawaitu, begitu juga hasilnya kerana di situ Allah melihat,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Luar Biasa ini turut berkongsi dia tidak sabar mahu menikmati makanan kegemarannya.

“Hari ini nawaitu saya nak makan nasi goreng ikan masin, telur mata dan sup. Separuh untuk makan tengah hari, separuh mungkin untuk makan malam.

“Sebab? Teringin dari semalam dan akhirnya nanti saya tak rasa lapar lagi… mudah-mudahan, aamiin,” tulisnya beserta tanda pagar #Alhamdulillah, #AyuhKerjaBestie, #TerimaKasihYaAllah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan doa yang terbaik agar Fazura dan puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya dalam keadaan baik dan sentiasa di bawah perlindunganNya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Aug 2018

6 Reasons Why You Won’t Get Rich By Reading About Personal Finance

The truth stings but at least you can learn from it.

Hiburan Sat, 3 Aug 2024
Hiburan Sat, 21 Mar 2026
Hiburan Sun, 14 Sep 2025

Filem Lejen Kita! Tonton Hidupkan Semula Nostalgia Layar Perak Sempena Hari Malaysia

Jom, throwback semula Filem Lejen Kita hanya di Tonton!

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Jakarta ‘Special’ Untuk Kami- Westlife

Westlife dijangka membuat persembahan di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini. Korang dah beli tiket ke belum?

error: Content is protected !!