Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 2, 2024 @ 11:53am

Jana Pendapatan Tinggi di TikTok, Rezeki Riezman Khuzaimi Dilantik Jadi Duta

Menjana pendapatan yang tinggi sebagai live host di aplikasi TikTok, pelakon Riezman Khuzaimi dikurniakan rezeki apabila dilantik sebagai duta KamiSempoi International Agency (KSIA).

Menurut pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee, pemilihan Riezman atau lebih dikenali sebagai Abang Don dilakukan kerana kejayaan pelakon itu menjadi antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA.

“Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif.

“Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok,” katanya.

@pakcik_chinswee Malam untuk Ahli Keluarga #kamisempoi Malam yang penuh gemilang. Malam yang penuh keriangan. Malam untuk Official Host TikTok KamiSempoi yang tidak pernah putus asa utk buat terbaik menjadi TikToker di platform TikTok #kamisempoiglam #bukitjalilpavilion #tiktokawards #tiktokagency #tiktoklive #fyp #tiktokguru ♬ original sound – Pᴀᴋᴄɪᴋ CʜɪɴSᴡᴇᴇ🍊光頭爺爺

Sementara itu, Riezman pula berkata, permilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya adalah untuk membantu menjayakan kempen dan mengerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA.

“Insya-Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” katanya.

Setelah dua tahun lebih beroperasi sejak Disember 2021, KSIA kini mampu berbangga kerana menjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.

Sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan TikTok atau pempengaruh TikTok di aplikasi dan platform media sosial tersebut.

Tidak hanya setakat itu, syarikat agensi lokal TikTok ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Singapura dan Indonesia dengan memiliki 1300 live host TikTok di Malaysia, 100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub-agensi.

@pakcik_chinswee Masih belum jadi Official Host TikTok? Masih tak tahu camne nk grow TikTok korang⁉️ KamiSempoi No.1 Platinum Agency in Malaysia dan Top 5 Agency di Negara Asean‼️Jom‼️jadi salah seorang ahli keluarga KamiSempoi sekarang‼️Salah Satu TikTok Agency yg terbesar di Malaysia‼️#kamisempoi #kamisempoiglam #bukitjalilpavilion #tiktokawards #tiktokagency #fyp #tiktokguru ♬ original sound – Pᴀᴋᴄɪᴋ CʜɪɴSᴡᴇᴇ🍊光頭爺爺

Sejajar dengan pencapaian yang diraih itu, KSIA juga sudah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh lagi bagi membantu mereka di luar sana yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendaptan mereka sebagai host live TikTok.
Pada masa yang sama mengukuhkan lagi dalam dunia perniagaan di pemasaran digital apabila membuat pembaharuan dari sudut logo dan penjenamaan mereka.

Bahkan, mereka turut menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan sub-agensi mefreka yang selama ini turut membantu menaikkan nama serta kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi lokal TikTok berpengaruh.

Tambah Pakcik Cin Swee, pihaknya benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dicapai mereka itu dalam tempoh yang singkat.

“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami.

@pakcik_chinswee Masih tak move on malam bersejarah untuk anak-anak KamiSempoi Malaysia‼️Indonesia‼️ Singapura‼️ Usaha yang tanpa mengenang penat lelah untuk jadi Official Host TikTok yg terbaik‼️@KAMISEMPOI AGENCY @KAMISEMPOI INDONESIA #kamisempoi #kamisempoiglam #bukitjalilpavilion #tiktokawards #tiktokagency #fyp #tiktokguru ♬ original sound – Pᴀᴋᴄɪᴋ CʜɪɴSᴡᴇᴇ🍊光頭爺爺

“Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mefreka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini.

“Kami tidak pernah putus asa memberikan latihan yang berterusan ini kerana kami mahu mengasah TikToker ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut, dan pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya.

Pakcik Chin Swee yang juga seorang pempengaruh TikTok pada asalnya berkata lagi, latihan yang disediakan itu sangat penting kerana mereka mahu memastikan live host yang berada di bawah naungan KSIA benar-benar menghasilkan konten hiburan yang menarik dan bermanfaat di platform tersebut.

“Kenapa kita sangat tekankan mengenai konten hiburan yang menarik dan bermanfaat? Kalau kita tonton di TikTok sejak akhir-akhir kebelakangan ini, kita akan dapat lihat ada pempengaruh atau Tiktokers yang menghasilkan konten-konten bersifat mengemis.

“Kalau boleh kita mahu elakkan live host TikTok kita daripada membuat konten sebegini. Jadi, kita kena selalu ‘guide’ mereka serta membantu mereka memahami garis panduan yang sudah ditetapkan TikTok kerana garis panduan komuniti TikTok teramatlah ketat. Nak kena ban memang cukup senang,” katanya.

Menurut Pakcik Swee Tin lagi, KSIA memang benar-benar komited dengan usaha mereka untuk terus melahirkan live host TikTok yang berjaya menghasilkan konten menarik dan bermanfaat, mempunyai pengikut yang ramai serta pada masa yang sama berjaya menjana pendapatan bulanan yang tinggi.

“Bahkan, kami juga mahu menjadi syarikat agensi yang dapat membantu golongan masyarakat di luar sana untuk menjadi live host TikTok.

“Sebab, kalau kita lihat ketika ini, TikTok sememangnya adalah sebuah platform media sosial yang benar-benar berpengaruh dan ramai di luar sana yang mahu menjadi TikToker. Kalau boleh, kita mahu realisasikan impian mereka ini.

“Jadi, pada mereka yang ingin nak jadi live host TikToker bolehlah datang ke KSIA dan kita akan cuba berikan latihan dan tunjuk ajar sebagai persiapan untuk mereka menggapai impian mereka itu,” katanya.

Apa yang membanggakan, kata Pakcik Cin Swee, live host mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).

“Ada yang menjadi host live secara sambilan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai kerjaya spenuh masa mereka. Ada pula yang bermula sebagai host live secara sambilan tapi kemudian meninggalkan kerjaya profesional mereka dan menjadi host live sepenuh masa.

“Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka sudah mula nampak bahawa apa yang mereka lakukan ini boleh menjana pendapatan yang banyak. Misalnya kita ada seorang host live TikTok yang bekerja di bank.

“Dalam tempoh 8 bulan, dia meninggalkan kerjaya profesional dan menjadi host live TikTok sepenuh masa kerana sudah berjaya meraih pendapatan sebanyak 5 digit. Pada tahun lepas, pendapatannya sudah mencecah angka 6 digit. Ada juga yang sudah berpeluang menjadi selebriti,” katanya.

KSIA juga memiliki lebih 30 orang selebriti sebagai host live TikTok. Antaranya adalah pelakon Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don, Nita Hamzah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Achong Sweetchild.

“Bagi live host TikTok golongan selebriti, selalunya kita bagi mereka kelonggaran untuk menterai latihan yang disediakan kerana kita amat memahami kesibukan dan komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka,” katanya.

Bagi meraikan pencapaian KSIA mengukuhkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara, sebuah penganjuran acara berbentuk anugerah iaitu KamiSempoi Golden Award 2023 telah diadakan di Exhibition Hall, Pavilion Bukit pada 20 April lalu.

Sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada sub agensi, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).

Pakcik Cin Swee berkata, selain meraikan pencapaian KSIA, matlamat merfeka menganjurkan acara anugerah itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada live host dan sub-agensi naungan mereka yang telah bekerja-keras selama ini.

“Tanpa live host dan kerjasama daripada sub-agensi kami serta semua pasukan KSIA, tidak mungkin kami akan berada di kedudukan hari ini.

“Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah ini di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Dec 2021

Demi Lovato Mempersembahkan Lagu Di Hadapan Hantu

Penyanyi dan pelakon Hollywood Demi Lovato menyelami aktiviti paranormal dalam program TV terbarunya, Undentified With Demi Lovato. Di dalam episod kedua program itu, Demi bersama rakannya dan seorang penyiasat paranormal, Chris Smith pergi ke sebuah […]

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

Kahwin Bukan Kerana Harta Tetapi Cinta

Isteri saya ini cantik luar dan dalam. Sifat itulah yang membuatkan saya terpikat kepadanya

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Jarak Usia Terus Menjadi Topik, Priyanka Chopra Kecewa

Hanya kerana saya seorang wanita, isu ini terus diangkat.

Hiburan Sat, 15 Nov 2025

Aura AADC Kembali! ‘Rangga & Cinta’ Hidupkan Semula Suasana Cinta Era 2000-an

Rangga & Cinta memberi ruang kepada emosi, dialog dan kejujuran watak untuk menonjol

Featured Sun, 7 May 2023
Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Reaksi Mangsa R*gol Dalam Drama ‘Jiwa Seorang Pentaksub’ Dikritik Tak Bijak, Rita Rudaini Respons: “Mestilah Dia Lost, Bukan Kena Ragut”

Rita tampil mempertahankan jalan cerita drama berkenaan dengan menjelaskan reaksi yang ditunjukkan watak itu adalah normal bagi seseorang yang berdepan trauma selepas menjadi mangsa rogol.

error: Content is protected !!