Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2026 @ 1:13pm

Reaksi Mangsa R*gol Dalam Drama ‘Jiwa Seorang Pentaksub’ Dikritik Tak Bijak, Rita Rudaini Respons: “Mestilah Dia Lost, Bukan Kena Ragut”

Pelakon, Rita Rudaini tampil membidas seorang individu yang mengkritik jalan cerita drama Jiwa Seorang Pentaksub serta mempertikaikan tindakan watak mangsa rogol dalam naskhah berkenaan.

Menerusi hantaran di Threads, individu terbabit berkongsi satu sedutan drama itu yang memaparkan seorang watak wanita menjadi mangsa rogol sebelum mendakwa tindakan watak tersebut yang hanya meratapi nasib tidak masuk akal.

“Tu sebab Azwan Ali suruh tutup televisyen sebab drama bebal macam ni. Dah rasa diri kena rogol, ada nombor telefon orang ugut nak sebar gambar segala.

“Lah boleh kau duduk situ meratapi. Beauty with brain sikitlah pelakon dan pengarah,” tulisnya.

@sophiaalbarakbah.fc

EPISOD 6, JIWA SEORANG PENTAKSUB, MALAM INI : KESIAN DIANA 😭 KUAT DIANA, PLEASE!! ▶️ Saksikan #JiwaSeorangPentaksub > Mulai 1 Jun, Setiap Isnin-Khamis > 10 malam di TV3 #JiwaSeorangPentaksub #Diana #Samarinda #SophiaAlBarakbah

♬ original sound – Sophia AlBarakbah FC – Sophia AlBarakbah FC

Tidak berdiam diri, Rita tampil mempertahankan jalan cerita drama berkenaan dengan menjelaskan reaksi yang ditunjukkan watak itu adalah normal bagi seseorang yang berdepan trauma selepas menjadi mangsa rogol.

“Jalan ceritanya memang macam itu. Mangsa rogol, bukan mangsa ragut.

“Mestilah dia ‘lost’, tak kiralah kau cantik ke, kau hodoh ke,” balasnya.

Untuk rekod, Jiwa Seorang Pentaksub menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Sophia AlBarakbah, Shahz Jaszle, Ady Mohammad, Ariff Idrus dan Rita Rudaini.

Drama 25 episod itu mula bersiaran pada 1 Jun lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Selain di TV3, penonton juga boleh menyaksikan episod baharu secara eksklusif di iQIYI sejam selepas tayangan televisyen menerusi laman web rasmi atau aplikasi di Google Play dan App Store.

Artikel Berkaitan: Rosyam Nor, Rita Rudaini, Sophia Albarakbah Bergabung! Kuasa, Wanita & Obsesi Jadi Taruhan ‘Jiwa Seorang Pentaksub’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Suci Hawa Zulaikha, Cahaya Mata Keempat Yatt Hamzah

Cantiknya nama cahaya mata terbaru Yatt!

Hiburan Sat, 14 Jan 2023
Featured Tue, 9 Sep 2025
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Suami Ditangkap Khalwat, Serina Redzuawan Tuntut Hak Penjagaan Anak

Baginya, tindakan bekas suaminya itu memang melampau kerana apabila Gavin ditangkap khalwat, anak-anaknya yang masih berusia 7 dan 6 tahun itu berada dirumah bersamanya

Trending Wed, 6 Nov 2019

Wanita Nyaris Maut Didakwa Dicakar Kucing

Wanita Ini Nyaris Maut Sehingga Terpaksa Hadapi 8 Kali Pembedahan

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!

One FM「唱K大聚会」圆满落幕!活动当天送出了总值超过一万令吉的奖金奖品,让出席的听众朋友个个满载而归。

Trending Tue, 18 Dec 2018
error: Content is protected !!