Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal June 24, 2018 @ 10:32am

Kahwin Bukan Kerana Harta Tetapi Cinta

Produser terkenal A.Aida selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang 18 tahun lebih muda daripadanya iaitu pelakon baru Ariff Aziz. Ada yang menganggap Ariff hanya mahu mengejar harta dan kemewahan yang dimiliki oleh isterinya.

Bagaimanapun, Ariff menegaskan perkahwinannya itu adalah kerana rasa cinta dan bukan berlandaskan harta semata-mata. Menurut Ariff, dia juga mempunyai perniagaan sendiri dan turut mempunyai aset hasil titik peluhnya.

“Saya berkelulusan dalam bidang multimedia. Selain berlakon saya juga memiliki perniagaan sendiri. Bukan itu sahaja, saya turut mempunyai kereta dan rumah yang dibeli hasil usaha sendiri.

“Jadi isu berkahwin kerana harta, pangkat ataupun darjat adalah tohmahan tidak berasas segelintir pihak yang tidak mengenali saya dengan lebih dekat,” katanya kepada Utusan Online.

Menurut Ariff lagi, dia tidak menjangka hubungan yang bermula antara pekerja dan majikan itu memutikkan rasa cinta. Ariff juga mengakui sifat manja A.Aida membuatkan dia tertarik menjadikanny sebagai suri hidupnya.

“Secara jujurnya, sepanjang tiga tahun mengenalinya, isteri saya ini cantik luar dan dalam. Sifat itulah yang membuatkan saya terpikat kepadanya,” katanya lagi.

Sebelum ini A. Aida pernah berkahwin dengan penyanyi Ameng serta seorang pegawai kanan polis. Melalui kedua-dua perkahwinan tersebut, A. Aida dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa, 22, Wan Azevanatassha, 17 dan Muhammad Rahul, 10.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Oct 2024

Hadir Ke Famili Duo 4 Bersama… Alif Hadi Masih Baik Dengan Yasmin Hani – “Putus Cinta Bukan Gimik, Tiada Alasan Nak Bermusuh”

Walaupun putus cinta, Alif Hadi & Yasmin Hani masih mengekalkan hubungan baik, tak ada sebab nak bermusuh.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Mengaku Rindu Konti, Shuib Mahu Buat Comeback?

Shuib turut mempersoalkan sama ada kemunculannya masih relevan lagi atau sebaliknya.

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Betul Ke Erwin Dawson Tak Jadi Kawin?

Patah tumbuh, hilang berganti…Apapun semoga Erwin tabah menghadapi ujian.

Featured Fri, 17 Mar 2023

Terkesan Dengan Isu Buli, Eyra Hazali Dedah Pernah Jadi Mangsa – “Kunci Diri Dalam Bilik 2 Minggu… Sesak Nafas”

Allahuuu, kesiannya 😭😭 Pembuli memang tak akan pernah faham perasaan mangsa ya!

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
error: Content is protected !!