Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 3, 2025 @ 2:25pm

[VIDEO] Kesal Hilang Kerjasama Jenama Terkemuka, Jefri Nichol Bersumpah Hanya Bergurau Pernah Tiduri Lebih 20 Wanita – “Saya Masih ‘Virgin'”

Pelakon tampan Indonesia, Jefri Nichol menjelaskan kenyataannya yang pernah meniduri 20 wanita sebelum ini hanyalah satu gurauan dan tidak benar sama sekali.

Menerusi sebuah video di TikTok, Jefri yang juga kekasih kepada pempengaruh dan model, Ameera Khan ini bersumpah dia masih teruna, sekali gus menegaskan perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Malah, bintang filem Ali Topan ini turut meluahkan rasa kesal kerana kehilangan peluang kerjasama bersama sebuah jenama gara-gara berita tersebut.

“Sumpah, kenyataan tersebut saya hanya bergurau di podcast, tetapi hal itu dibesar-besarkan, saya jadi kesal.

“Saya hilang kerjasama dengan sebuah jenama gara-gara berita itu. Bohong, saya masih ‘virgin’,” katanya.

Sebelum ini, Jefri pernah menerima kecaman hebat daripada netizen selepas membuat pengakuan pernah tiduri 20 wanita dalam sebuah podcast.

@atyyyyyyyyyyyyy

Ok makcik/pakcik bawang FB yg kecoh sangat kata ameera yg ke 21 la 22 la sila hadam ya. Nichol terpaksa berkata begitu di podcast kerana dia ambassador Vivo okay#nichol #LOVE #ameera #meerachol

♬ original sound – atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾 – atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Panas! Akhirnya Fathia Latiff Berubah

Isu viral yang melibatkan beliau menjadi perhatian ramai menerusi Bigo Live, isu membuka hijab dan datang lambat ke lokasi penggambaran dijadikan satu rujukan agar dirinya itu tidak mengulangi kesilapan yang sama

Featured Wed, 8 Jun 2022

Bekas Diplomat & Anak Mengaku Tidak Bersalah Tanam 102 Pokok Ganja

Jika disabit kesalahan kedua-dua tertuduh akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan enam kali sebatan.

Featured Fri, 5 Mar 2021
Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Hiburan Fri, 31 Jan 2025
error: Content is protected !!