Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 27, 2023 @ 8:32pm

30% Set List Lagu Akan Berbeza Dari ANWAA 3.0, Konsert A Night With Aina Abdul Singapura Lebih Mencabar

Selepas tiga kejayaan konsert solo di Malaysia, penyanyi tersohor Aina Abdul kini buat pertama kali akan terbang ke Singapura untuk Konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore setelah sedekad bergelar penyanyi.

Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 ini berkata persediaan konsert di Singapura pada kali ini lebih mencabar.

“Persediaan konsert pada kali ini lain dan pada saya sangat mencabar. Currency pun berbeza, jadi saya rasa takut sebenarnya.

“Sekiranya tiket habis terjual, pihak penganjur dan pihak Aina Abdul Entertainment ada menyediakan ‘backup plan’ tetapi Saya nak tengok dulu macam mana konsert pertama di Singapura dulu.

“Soalnya saya tak berani untuk buat konsert ini di tempat lebih besar.. Saya tak berapa yakin jadi saya nak test market dulu,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai pemilihan lagu-lagu di konsert pada kali ini, pelantun lagu popular Terus Hidup ini berkata terdapat sebanyak 30 peratus (%) perbezaan dari konsert sebelumnya, ANWAA 3.0 Axiata Arena.

“Arrangement pada kali ini masih akan di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Mac Chew dan Jenny Chin kerana mereka dah lebih mengenali citarasi Aina.

“Definitely akan ada element of surprise, gimmick, hence which is why kita memanggil konsert ini A Night With Aina Abdul (ANWAA) dan bukan ANWAA 3.0.

Aina Abdul

“Konsert di Singapura ini formulanya is a little bit different. Ada list-list lagu yang belum pernah saya nyanyi, antaranya Imagi. More or less kita tidak meletakkan konsert di Singapura ini lebih baik atau kurang dari konsert di Axiata Arena.

“Ada lagu-lagu saya yang akan ditolak dan akan ada special segment yang lain sikit dari 3.0. Sebenarnya dari segi set list, dalam 20% ke 30% berbeza,” ujarnya.

Sementara itu, Aina berkata konsert ini juga adalah salah satu penghargaan kepada peminat-peminatnya yang berada di Singapura atas sokongan terhadapnya selama ini.

“Pada saya, setiap kali saya membuat persembahan I will always put a certain standard for myself sebab saya percaya Ainations lebih mengenali apa yang terbaik untuk saya.

“Saya nak provide the best untuk semua kerana mereka sudah mengikuti saya dari Aina Abdul 1.0. Lagu tak banyak tapi itu tak penting, yang penting adalah isi keseluruhan konsert tersebut,” ujarnya di sidang media A Night With Aina Abdul Singapura di Menara Kuala Lumpur sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Bertempat di The Theatre at Mediacorp yang memuatkan 1,800 kapasiti penonton, Aina akan beraksi dalam Konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapura pada 6 Januari 2024.

Konsert yang dianjurkan oleh Neptune Presents dan Aina Abdul Entertainment ini akan mempersembahkan sebanyak 26 rangkaian lagu hits dalam konsert yang akan berlangsung selama 2 jam 30 minit itu.

Tiket konsert akan mula dijual bermula 29 November 2023 dengan harga dari 88 SGD sehinga 258 SGD menerusi www.ainaabdul.my

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Berhabis RM400,000 Untuk Busana, Azhar Sulaiman Persoal Pendapatan Penyanyi Masa Kini – “Singers Are Making Serious Money Ke?”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Setuju Kalau Kita Nak Samakan Konsert Aina Abdul Dengan Coldplay” – Lah Ahmad

Artikel Berkaitan: Peminat Bandingkan Dengan Selebriti Lain, Aina Abdul Nasihat Ainations – “Kalau Betul Sayang Saya, Jangan Cakap Buruk Tentang…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Apr 2021

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan […]

Trending Wed, 21 Mar 2018

爱因斯坦「七大预言」已实现4个

爱因斯塔是世界十大著名物理学家之一,他不仅是一位杰出的物理学家,还是一位神奇的预言家!爱因斯坦的七大预言如今已实现了四个,七大预言中最恐怖的就是预言2060年地球将会毁灭!一起起来看看爱因斯坦的七大预言是什么!

Featured Fri, 20 Sep 2024
Trending Wed, 24 Mar 2021

Akses Tontonan Awal Drama Terbaharu Bagi Pengguna Platform iQiyi Dan Primeworks Studio

Selepas pengumuman kerjasama diantara platform penstriman antarabangsa iQiyi bersama Media Prima Berhad dan Celcom Axiata Berhad (Celcom), pihak Media Prima yakin bahawa kredibiliti yang ditonjolkan iQiyi dapat membantu mengeksport kandungan dan menggilap bakat tempatan di […]

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Thu, 6 Jul 2023

[VIDEO] Ali Puteh Dakwa Isteri Terima Mesej Ugutan Melampau Berbaur L*cah – “Kau K*ngk*ng, M*in Ramai-Ramai Atas Meja!”

Allahuakbar…. Luluh hati si suami bila isteri terima mesej melampau macam ni 😭

error: Content is protected !!