Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 18, 2024 @ 10:32am

Kini Berkhidmat Sebagai Pensyarah, PU Amin Zahirkan Kepentingan Lahirkan Tenaga Pakar Agama Khususnya Haji & Umrah

Pendakwah selebriti terkenal, PU Amin menegaskan kepentingan melahirkan tenaga pakar dalam bidang berkaitan agama, khususnya Haji dan Umrah.

Pemilik nama penuh Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 32, kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di YEG Academy

“Bidang agama memerlukan pengkhususan agar individu yang terlibat memiliki kepakaran tertentu, termasuk dalam pengurusan ibadah Haji dan Umrah.

“Terdapat ramai yang tiada kelayakan mengeluarkan pandangan mereka sendiri mengenai ibadah ini dan itu boleh mengelirukan masyarakat,” ujarnya.

PU Amin turut menekankan sokongan pemain industri dalam menjayakan program yang dilaksanakan oleh YEG Academy, termasuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah.

Sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Innovatif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini, YEG Academy melancarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah serta Pengurusan Penerbangan.

Pengarah Pengurusan YEG Academy, Hasan Ithnin, menyatakan bahawa industri Haji dan Umrah di seluruh dunia kekurangan tenaga profesional, terutama dalam pengurusan operasi.

“Fakulti Pengajian Antarabangsa adalah hasil kerjasama YEG Academy dan Kolej Universiti Innovatif untuk menubuhkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah. Selepas lima tahun, kami melihat permintaan tinggi di peringkat pengurusan, dan sebab itulah kami melancarkan program Ijazah Sarjana Muda ini.

“Kami menyasarkan untuk melahirkan 1,000 graduan lepasan SPM bermula dari diploma hingga ijazah sarjana. Kami bercita-cita menjadi pusat kecemerlangan rujukan dalam industri Haji dan Umrah, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Salah seorang pelajar program ini, Haji Muhammad Syakir Alif Che Razali, 21, telah berjaya membuka syarikatnya sendiri, Hijrah Alliance Travel Sdn. Bhd., dan memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi.

Syakir memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda sambil menguruskan syarikatnya.

“Saya sedar ilmu di peringkat diploma sahaja tidak mencukupi. Dengan melanjutkan pelajaran, saya dapat melihat perbezaan ketara, terutama dalam pengurusan syarikat dan jemaah. Ini pelaburan yang berbaloi demi masa depan syarikat dan kerjaya saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, YEG Academy, melalui kerjasama strategik dengan Meatech Training Centre dan Kolej Universiti Innovatif, turut melancarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan dan Diploma Penerbangan.

Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi, menyatakan bahawa program ini direka bagi memenuhi permintaan tenaga kerja dalam industri penerbangan.

“Program ini sesuai untuk mereka yang sedang bekerja. Silibus disesuaikan dengan kehendak industri, dan kelas diadakan secara fleksibel, iaitu hujung minggu sahaja. Malah, individu yang hanya memiliki SPM tetapi mempunyai pengalaman kerja boleh dipertimbangkan terus ke peringkat ijazah sarjana muda,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Meatech ATC Sdn. Bhd., Shahril Azwan Abdul Hamid, pula menekankan peluang kerjaya yang luas dalam bidang penerbangan.

“Malaysia berhasrat menjadi hub penerbangan Asia Tenggara pada tahun 2030. Pekerjaan dalam bidang ini melibatkan pelbagai aspek, bukan sekadar juruterbang atau pramugari. Kami mahu anak muda mengambil peluang ini untuk menjamin masa depan yang cerah,” katanya.

Pelajar yang mengikuti program ini juga diberi insentif seperti wang sara hidup RM600, dengan peluang pembiayaan pendidikan melalui PTPTN dan PTPK.

Program-program YEG Academy telah menunjukkan keberkesanan yang membanggakan. Hampir 80 peratus pelajar program penerbangan berjaya mendapat pekerjaan, seperti Arisia Parikos, 22, dari Sabah, yang kini bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di POS Aviation KLIA selepas mengikuti kursus Cabin Crew/Customer Service & Ground Handling.

“Belum tamat latihan pun, saya sudah ditawarkan pekerjaan. Ini yang kami sebagai pelajar mahukan, iaitu mendapat kerja selepas tamat pengajian,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Apr 2021

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Haa, jangan bawa budak. Dah beli terus balik okay!

Featured Wed, 1 Apr 2026

Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”

Jurulatih kecergasan, Tareq Fit sekali lagi menyorot perhatian apabila menegur tindakan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini.

Trending Fri, 20 Nov 2020

SFMM35: Nabila Razali Tidak Dapat Membuat Persembahan Peluang Kedua

Atas faktor kesihatan, Nabila tak dapat buat persembahan.

Featured Wed, 14 Jan 2026

Doa Ikhlas Bertukar Kontroversi, Aishah Azman Dituduh Mahu Ambil Hati Kamal Adli

Ada pihak mendakwa Aishah seolah-olah mempunyai niat lain

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Events Fri, 21 Oct 2022

IMAGI Kembali Dengan Single Puteri Kayangan

Nama mereka mungkin tidak segah band-band rock yang sedia ada di negara kita, namun bagi band rock indie, IMAGI, perkara tersebut bukanlah penghalang bagi mereka untuk terus berkarya. Terbaharu, IMAGI tampil dengan single keduanya berjudul […]

error: Content is protected !!