Euforia Bola 2026
Drama By: Padin October 13, 2020 @ 6:36pm

Ada Yang Dakwa ‘Hati Yang Tersakiti’ Remake Drama Korea Popular ‘The World Of The Married’, Sebenarnya…

Heboh di laman sosial apabila ramai wargamaya yang mendakwa drama bersiri terbaru yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3, Hati Yang Tersakiti merupakan drama adaptasi atau ‘remake’ naskhah popular Korea, The World of The Married.

Perkara terbabit tular di Facebook dan netizen mula menyuarakan pendapat tersendiri mengenai drama bersiri lakonan Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan Riz Amin itu biarpun ia belum bersiaran lagi.

Bukan adaptasi!

Sebenarnya, drama bersiri 15 episod terbitan oleh Art Ornament Sdn Bhd ini merupakan idea asal dan bukan adaptasi novel atau ‘remake’ mana-mana drama.

Karya yang mendapat sentuhan penulis skrip oleh Azril Hamzah dan diarahkan oleh Feroz Kader sebagai pengarah ini menampilkan konflik yang berlaku dalam sebuah perkahwinan.

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Jangan lupa saksikan!

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Hati Yang Tersakiti menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam mulai 15 Oktober 2020 di TV3.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Sep 2022

“Sebab Baru 9 Bulan…” – Sedang Mengenali Seseorang, Nasha Aziz Tersipu Malu Disoal Mengenai Bunga

Comel je tengok Nasha malu-malu cakap pasal teman istimewa tu 🙈🥰

Featured Fri, 13 Jun 2025

PU Riz Tegur Tindakan Individu Beri Komen Tak Sepatutnya Terhadap Kematian Pelajar UPSI, Minta Jangan Mudah Jatuh Hukum

PU Riz tampil memberikan teguran terhadap tindakan seorang pengguna media sosial yang didakwa memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung kematian pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Featured Sat, 31 Jan 2026

Dari Rakan Kerja Jadi Rakan Serumah, PU Riz Kongsi Kisah Pilih Neelofa Sebagai Isteri

Kata PU Riz keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan didorong oleh kisah cinta semata-mata

Trending Wed, 25 Jul 2018

“Siapa Biasa Dengan Industri Fesyen Akan Lebih Faham” – Safiey

Tidak dinafikan fesyen itu adalah sesuatu yang subjektif. Tetapi, sebagai seorang yang pernah berhijrah daripada seorang lelaki dan kemudian mengubah semula penampilan menjadi seorang wanita adalah sangat dikesali dan itu adalah sesuatu yang amat menjengkelkan bagi semua rakyat  Malaysia.

Featured Wed, 27 Jul 2022

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Uishhh, sampai tak senang duduk Nora tonton Mat Kilau ya? Aik tapi apa pula yang tak puas hati tu?

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Remy Ishak ‘Pasrah’ Jadi Model Beg Isteri – “Kerja Baru Lepas Rehat Dari Berlakon…”

Fuhhh, lain macam rambut Remy Ishak 🤩 Katanya rehat berlakon sebab rasa diri hilang?

Featured Wed, 6 Apr 2022
Featured Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Thu, 27 Apr 2023
error: Content is protected !!