Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari undang rasa cemburu dalam kalangan pengikutnya apabila berpeluang bertemu dengan aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min-ho.

Menerusi perkongsian di Instagram, kedua-dua pelakon itu memuat naik video mereka yang sempat beramah mesra dengan Lee Min Ho ketika menghadiri Minggu Fesyen Milan 2022.

“Doing my exited-fan shots with Lee Min-ho, Naomi Campbell, Future Hendrix, Khaby Lame, Yzomandias and J Balvinn for all of you (and us 😜),” tulisnya.

Perkongsian tersebut juga jelas menunjukkan aktor dari Korea Selatan itu begitu mesra berbual bersama Scha dan Awal yang teruja dengan kehadirannya.

Malah, Lee Min Ho turut memaklumkan kepada pasangan selebriti itu bahawa beliau akan hadir ke Kuala Lumpur sempena konsert ulang tahun CUCKOO, minggu hadapan.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respons dari pengikutnya yang rata-ratanya cemburu dengan pasangan pelakon itu.

Fatin Nurain