Penyanyi Ernie Zakri berkongsi rasa teruja dengan perkembangan puteri sulungnya, Nur Khawla Soleha yang kini berusia tujuh bulan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ernie memaklumkan kini anaknya itu sudah pun menunjukkan perkembangan yang baik seperti bercakap dan suka menggigit.

“Hari ni anak Soleha Daddy Eibu masuk 7 bulan. Banyak cakap. Semua benda nak digigit. Besar nanti jadi anak baik ya, nak. Sayaaaaaaaang dia,” tulisnya.

Malah, isteri kepada penyanyi Syamel itu juga turut memuat naik beberapa kepingan foto comel anak mereka.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya tertarik dengan kecomelannya dan mengatakan muka Khawla begitu seiras dengan wajah ibunya.

“Nampak muka eibu dia laa.

“Comellllnyaaaa Khawlaaaaaaaa.

“Copy paste muka mummy nya.

“Happy 7months!!! Khawla yang Soleha!!! Comellll diaaaa!!,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain