‘Scuba Diving’ Dengan Ikan Pari Gergasi Di Maldives, Nabila Huda Teruja Dapat Tangani Rasa Takut

Pelakon dan pengacara Nabila Huda meluahkan rasa terujanya selepas dapat menangani rasa takut untuk melakukan aktiviti ‘scuba diving’ pada waktu malam, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila telah memuat naik videonya yang sedang menyelam bersama ikan pari gergasi pada waktu malam buat pertama kali ketika bercuti di Maldives.

“Night dive with Mantas ❤️ This was my 2nd experience after Raja Ampat. The closest that i ever experienced!!! And paling penting, my 1st night dive ever..

“Last time masa amik advanced, pastu rescue dive ada la night dive tapi tak favourite sangat sebab takut. Haha. But i overcome my fear last night..Beautiful memories!,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dan memuji keberanian pelakon itu untuk melakukan aktiviti yang ‘extreme’ seperti itu.

“Aaaahh…. Waaa.. Salute beb , I won’t dare to do .. confirm panic.

“Terbaik sis. I tak amik advance sebab takut nite dive.

“Respect ler kt abil ni.. Ak mmg susah nk overcome. Sesak nafas rasa.. Adoiii.

“She’s a queen. I tengok video pun rasa sesak nafas. Fear factor sangat,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain