[VIDEO] Menangis Di Tanah Suci, Lisa Surihani Buat Netizen Sebak

Pelakon Datin Lisa Surihani difahamkan sedang berada di Tanah Suci Makkah bersama suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim bagi mengerjakan ibadah umrah.

Bagaimanapun, perkongsian Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed, 36, menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila dia kelihatan sebak ketika membacakan doa di hadapan Masjid Nabawi yang terletak di kota Madinah.

“Semoga kita jatuh cinta dengan cara yang baik, berjodoh dengan orang yang baik, menikah dengan niat yang baik, diberikan pasangan yang penyayang juga berumah tangga dengan tujuan yang baik serta menunaikan tanggungjawab,” tulisnya.

Sehingga kini, perkongsian video berdurasi 11 saat itu telahpun di tonton lebih 2 juta tontonan dan menerima lebih 300,000 tanda suka.

Hasil tinjauan di ruangan komen,  rata-rata pengikut Lisa turut berasa sebak melihat keadaan Madinah malah ada dalam kalangan mereka yang memasang niat dan memohon doa supaya diberi kesempatan menjejakkan kaki di kota suci itu.

Dalam pada itu, warganet turut memuji perubahan yang ditunjukkan Lisa dalam mendekatkan diri ke jalan Allah serta mendoakan agar aktres itu kekal istiqamah dalam menjaga auratnya.

Salma Syahbuddin