“Sebab Tahun Lepas Tak Dapat Sambut…” – Berbaki 4 Hari, Hasrat Syazlin Zainal Nak Sambut Birthday Dengan Keluarga Tak Kesampaian

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal yang meninggal dunia semalam tidak dapat menunaikan hasrat untuk menyambut ulang tahun kelahiran ke-26 bersama keluarga.

Menerusi perkongsian rakan Allahyarham di Instagram Story, dia berulang kali membaca mesej peribadi perbualan mereka bersama.

“Saya yang terkilan. Arwah nak sangat menyambut ulang tahun kelahirannya dengan keluarga kerana tahun lalu tidak berkesempatan. Lagi empat hari sayang,” tulisnya.

Allahyarham merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan anak tunggal perempuan dalam keluarganya.

Terkini, kematian Allahyarham berpunca akibat jatuh dari pangsapuri Taman Iskandar di Johor Bahru yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru.

Namun, tiada sebarang unsur jenayah dijumpai dan mengklasikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Syazlin pernah membintangi beberapa buah drama antaranya Oh My Hantaran, Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Maya Basir